Buletin

HONDA CBR250RR MENDARAT DI PASARAN MALAYSIA. DUA WARNA MENARIK, HARGA BERMULA RM25,999

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda CBR250RR terbaharu di pasaran negara yang merupakan jentera paling berkuasa di dalam kelas supersport 250 cc.

Jentera terbaharu itu menawarkan dua warna pilihan merah (Winning Red) dan hitam (Mat Gunpowder Black Metallic). Ia dijual pada harga bermula RM25,999.

Ia dilengkapi dengan enjin 250cc terbaharu yang direka supaya menghasilkan kuasa dan tork optimum untuk tunggangan di laluan urban dan litar.

Dengan rekaan badan yang ringan, model terbaharu ini dapat menawarkan prestasi terbaik malah memberi keyakinan kepada penunggang melalui laluan bandar dan selekoh litar.

Rekaan jentera ini tampak lebih garang dan sporty dengan didatangkan lampu utama berkembar dwi-lapisan LED serta paparan speedometer digital.

Jentera memiliki berat sekitar 168 kg, dengan ketinggian tempat duduk 790 mm turut dilengkapi sistem ekzos Dual Exhaust System.

Honda CBR250RR mendapat khidmat enjin twin-cylinder DOHC lapan injap yang mampu menjana kuasa mencecah 40 hp dan tork 25 Nm.

Superbike itu turut dilengkapi Quick Shifter, klac Assist/Slipper, ciri pendikit Throttle-by-wire dan ciri brek ABS dua saluran.

Honda CBR250RR didatangkan dengan tiga mod tunggangan iaitu Sport, Sport+ dan Comfort.

Sistem suspensi pula adalah jenis fork teleskopik hadapan jenis terbalik, diikuti dengan penyerap hentak tunggal dengan lima tetapan boleh laras dan Pro-Link System.

Honda CBR250RR ini boleh didapati di Honda BigWing, serta pengedar Impian X dan Impian yang berdekatan.

GALERI

Google ads
Back to top button