Buletin

HARGA RON95 & RON97 TURUN 4 SEN. DIESEL KEKAL. 24-30 OKT 2020

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun 4 sen, manakala harga diesel pula tidak berubah berkuat kuasa 24 hingga 30 Oktober ini.

Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan pada petang tadi memaklumkan bahawa harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.68 seliter diturunkan kepada RM1.64 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, harga runcit bagi RON97 diturunkan kepada RM1.94 seliter yang sebelum ini RM1.98 seliter. Harga runcit diesel pula kekal pada paras RM1.74 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan dibuat berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu lagi. – Astro AWANI

Google ads
Back to top button