Motosikal

YAMAHA LANCAR EXCITER 150 ‘THE FOUR KINGS’ 2021 DI VIETNAM. 4 PILIHAN WARNA BAHARU, HARGA RM8,752 SEUNIT

Yamaha Motor Vietnam dilapor telah melancarkan model Yamaha Exciter 150 ‘The Four Kings’ 2021 terbaharu secara rasmi.

Jentera yang ditunggu ramai itu dijangka mula berada di pasaran Vietnam pada 1 November 2020. Seperti namanya, Yamaha Exciter 150 versi terbaharu itu didatangkan dalam empat tema berbeza iaitu Fire Dust, Blue Raptor, Night Flash dan Green Beast.

Tiada berubah dari segi spesifikasi teknikal. Ini mungkin kerana ia diperkenal sebelum model naik taraf Yamaha Exciter 155 VVA 2021 dilancarkan kelak.

Namun, pengguna di Vietnam dikatakan perlu menunggu lebih lama, sekurang-kurangnya dua tahun lagi untuk melihat Exciter generasi baru dengan teknologi injap boleh ubah VVA berada di bilik pameran Yamaha. 

Jadi, Yamaha Exciter 150 ‘The Four Kings’ 2021 terus menggunakan khidmat enjin 150cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair. Enjin dengan sistem pancitan bahan api itu mampu menjana kuasa maksimum 15.4hp pada 8,500rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000rpm. 

Antara perubahan yang dapat dilihat ialah penggunaan lampu LED hadapan dan belakang, panel meter digital LCD serta tayar depan lebih lebar.

Kapcai tersebut ditawarkan pada harga VND47.99 juta atau sekitar RM8,572 seunit. – Arena Motosikal 

GALERI

Google ads
Back to top button