Buletin

HARGA RON97 NAIK LAGI! RON95 DAN DISEL KEKAL. 23 MAC – 29 MAC 2019

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 16 Mac sehingga 15 Mac 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  • Harga runcit petrol RON97 – RM2.61 seliter (naik 7 sen)
  • Harga runcit petrol RON95 – RM2.08 seliter (tidak berubah)
  • Harga runcit diesel – RM2.18 seliter (tidak berubah)

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 23 Mac 2019 sehingga 29 Mac 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.31 seliter dan RM2.38 seliter masing-masing. Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

HARGA SILING MASIH KEKAL

Berdasarkan trend harga sebenar pasaran produk petroleum yang semakin meningkat pada masa ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Februari 2019 telah bersetuju supaya had pengekalan harga runcit petrol RON95 yang pada masa ini ditetapkan pada paras RM2.20 seliter dikurangkan kepada RM2.08 seliter.

Ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan kepada RM2.08 seliter sungguhpun harga minyak dunia naik lebih daripada itu. Sekiranya harga minyak dunia berada di bawah paras tersebut, harga mingguan petrol RON95 akan berada di bawah paras RM2.08.

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel berdasarkan pengiraan Automatic Price Mechanism (APM) akan terus diumumkan secara mingguan.

Google ads
Back to top button