Iklan Pilihan

#IKLANPILIHAN: KEI CAR HONDA KLASIK N360. SUPER RARE!

Ini adalah Kei Car Honda pertama yang dibina sewaktu Soichiro Honda cuba untuk memasuki bidang automotif kenderaan empat roda. Ia sebuah kereta yang comel, klasik dan memang payah nak jumpa dah pada hari ni.

Di Jepun pun, ia tinggal sebagai bahan koleksi tapi kami temuinya di sini. Ya. Ia ada di Malaysia. Iklan ini ditemui oleh salah seorang krew mekanika yang turut meminati kereta-kereta klasik.

Apa yang lebih mengagumkan, kondisi kereta ini yang sangat kemas dan cantik. Kelihatan ia sudah direstorasi sepenuhnya. Lihat pada setiap foto di bawah dan anda perlu akui bahawa bukan mudah untuk kumpulkan semula peralatan kereta ini menjadi sesempurna ini.

Jika anda nakkan satu kelainan untuk jenama H, ini adalah calon yang baik. bawak hujung minggu pergi Pavillion dan parking jockey pun selamba!

……………………………………………………

HONDA N360 Classic

M29,800 Puchong

HONDA N360 Classic 
Limited Unit In Malaysia market
Fully Rebuild Engine Gearbox 
100% RUNNING CONDITION

Price nego for serious buyer 
Call for more details @ 016 333 8381

………………………………………………………

GALERI

Google ads
Back to top button