" "
Artikel Pilihan

HARGA SATU RIM FERRARI PURASANGUE, BOLEH BELI ALZA

Kos untuk menggantikan satu unit rim OEM Ferrari Purasangue ialah sekitar 14,600 USD atau bersamaan dengan RM 65,347. Harga tersebut lebih mahal berbanding dengan Perodua Ativa X dan juga Perodua Alza varian X

Sekiranya anda perlu menggantikan satu set rim OEM tersebut, harga tersebut mencecah sekitar RM 255, 120 iaitu lebih mahal berbanding dengan Toyota Camry Hibrid yang baru. Harga komponen OEM Ferrari tersebut disenaraikan oleh Scuderiaparts iaitu entiti yang dibenarkan menjual komponen OEM Ferrari secara sag

Harga rim tersebut berbeza mengikut saiz samaada 22 inci atau 23 inci. Namun bagi rim depan kiri, ia dijual dengan harga lebih murah iaitu sekitar RM 49,572 sahaja. Apa yang menarik berkenaan dengan rim ini ialah ia direka secara spesifik untuk setiap kedudukan

Depan kanan, depan kiri, belakang kanan dan belakang kiri tidak boleh ditukar sesuka hati sama seperti “one directional tire”. Adalah amat sukar untuk mencari komponen dan alat ganti tiruan dari jenama Ferrari, dengan syarikat tersebut sanggup memberi ganjaran kepada mana-mana individu yang memberi maklumat berkenaan penjualan barangan tiruan Ferraru

Harga yang disebut di atas tidak termasuk dengan sensor pengesan kebocoran tayar (TPMS) yang dijual secara berasingan pada harga RM 828, center caps pada harga RM 102 untuk yang paling murah dan paling mahal mencecah RM 957

Sekiranya anda memerlukan bolt pengikat yang dihasilkan dari aloi Titanium, ia dijual pada harga RM 698 per unit atau RM 14,000 bagi satu set 16 unit. Sekiranya anda merosakkan sistem penyerap hentak aktif yang menggunakan sistem elektromagnet, ia dijual dengan harga RM 67,139 sebatang

Bayangkan kalau anda kena ganti 4 batang, anda boleh beli sebuah rumah kos sederhana. Laman sesawang ini turut menyenaraikan harga alat ganti lain yang penting seperti blok enjin tanpa kepala silinder pada harga RM 295,407 dan kotak gear pada harga RM 197,000.

Sekiranya anda memerlukan kepala silinder bagi enjin V12 6500cc, ia turut dijual pada harga RM 21,484 sahaja. Seperti yang kita sedia maklum, harga di atas adalah harga mengikut pertukaran matawang dan tidak termasuk cukai serta kos penghantaran ke Malaysia

Google ads
Back to top button