Buletin

HARLEY-DAVIDSON CVO PAN AMERICA DIRASMIKAN DI AS 

Selepas beberapa bulan khabar angin berlegar akan kemunculan Harley-Davidson CVO (Custom Vehicle Operations) Pan America, desas-desus itu berakhir apabila model itu akhirnya perkenalkan secara rasmi di Amerika Syarikat. 

Secara keseluruhan, Harley-Davidson memperkenalkan empat model 2024 dengan dua daripadanya merupakan model CVO Pan America dan CVO Road Glide ST.

Sementara itu, dua lagi merupakan Street Glide dan Road Glide baharu yang telah dinaik taraf dengan enjin V-Twin Milwaukee 117. 

Bagaimanapun, pelancaran kali ini tertumpu kepada CVO Pan America kerana ini merupakan kali pertama sebuah motosikal ‘adventure’ hadir dengan versi CVO. 

Untuk rekod, CVO Pan America ini menggunakan Pan America 1250 Special sebagai asas utama. Ini bermakna CVO Pan America ini dilengkapi dengan suspensi ‘semi-active’ di depan dan belakang, panel meter TFT dengan fungsi ‘touchscreen’, mod menunggang pelbagai serta 150hp dan 125Nm. 

Selain itu versi CVO ini turut dilengkapi dengan ‘top box’ dan ‘panniers’, quickshifter Screamin Eagle, rim tubeless, lampu LED tambahan dan plat aluminium. 

Di pasaran Amerika Syarikat, Harley-Davidson CVO Pan America ini dijual pada harga USD29,800 (RM141k). 

Google ads
Back to top button