Buletin

HARLEY-DAVIDSON X440 DILANCARKAN DI INDIA JULAI INI – 30HP, HARGA SEKITAR RM11K

Pada Mei lalu, Harley-Davidson secara rasmi mendedahkan foto model jentera baharunya, Harley-Davidson X440.

Untuk rekod, jentera itu adalah hasil kerjasama dengan gergasi motosikal India, Hero MotoCorp dan bakal dilancarkan di pasaran India pada 4 Julai 2023.

Dari segi penampilan, Harley-Davidson X440 tampil seakan Nighster terutamanya tangki bersegi, panel meter bulat, handlebar lebar serta panel badan yang minimal.

Perincian lain termasuklah lampu depan, lampu isyarat kiri dan kanan yang memaparkan tulisan Harley-Davidson.

Ciri lain ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Fork depan USD
  • ABS dwi-saluran dengan kaliper brek Bybre
  • Rim 18-inci depan dan 17-inci belakang
  • Kerangka jenis tubular
  • Cakera 320mm (hadapan), 230mm (belakang)

Dari segi kuasa, Harley-Davidson bagaimanapun masih belum mendedahkan spesifikasi terperinci tetapi ia dijangka dipacu oleh enjin satu silinder 440cc, berupaya menghasilkan 30hp dan tork 27Nm.

Untuk harga, Harley-Davidson X440 bakal diberi tanda harga sekitar AS$2,563 (RM11,856). – Moto Malaya

Google ads
Back to top button