Buletin

HENNESSEY VENOM 800 DILANCARKAN. SUPER TRUCK YANG NAMPAK GANAS SANGAT NI

Hennessey, pengeluar hypercar yang berpangkalan di Texas dan juga pereka kenderaan berprestasi tinggi, telah menghasilkan sebuah model alternatif yang lebih berkuasa dan lebih pantas kepada Ford F-150 Raptor R iaitu Hennessey Venom 800.

Walau pun secara zahirnya model asli Ford F-150 Raptor sudah kelihatan buas dan garang namun model ini jelas sekali melangkaui segalanya. Ditenggelami oleh pelanggan yang gila kuasa yang tidak berjaya untuk mendapatkan model Raptor R, pasukan Hennessey telah bertindak balas dengan menghasilkan pakej yang mempunyai 800 bhp @ 6,200 rpm dan tork 757 lb-ft @ 4,100.

 Lonjakan kuasa yang dihasilkan kini membolehkan model Hennessey Venom 800 ini berupaya memecut dari titik pegun ke angka 100 km/j hanya dalam temph 3.4 saat dan 11.7 masa suku kedua batu.

Rupa luaran model Hennessey Venom 800 ini kelihatan lebih garang dan penambahan beberapa aksesori dan peralatan meliputi tambahan pada sistem suspensi, roda, tayar bersaiz lebih besar dan juga pilihan enjin yang lebih berkuasa untuk memberikan rupa kepada sebuah super trak bersaiz penuh yang hebat padat dengan prestasi, keupayaan dan tanda pengenalan untuk sebuah model Hennessey.

Untuk membolehkan peningkatan prestasi dicapai, jurutera Hennessey telah menaik taraf enjin Supercharger 3.0 liter, intercooler baharu, suntikan bahan api berprestasi tinggi, dan sistem penapis udara aliran tinggi bersama pensturkturan pengurusan enjin untuk mengoptimumkan hasil daripada enjin. Malah Hennessey turut memasang tip ezkos berkembar dan brek prestasi Brembo enam piston besar untuk membolehkan trak pikap yang besar ini berhenti tanpa sebarang masalah.

Bahagian luarannya turut dilengkapi dengan dengan rim 10 jejari Hennessey bersaiz 20 inci, yang dipadankan dengan tayar off-road bersaiz 35 inci. Hennessey turut memasang bampar keluli Venom di hadapan dan belakang yang turut disepadukan dengan lampu LED pada bampar hadapan.

Akan hanya ada 250 unit model Hennessey Venom 800 dibina untuk pasaran global dengan setiap satu akan mempunyai logo Hennessey dan juga nombor siri pada plak enjin. Ianya boleh ditempah melalui pengedar Ford yang sah serta didatangkan dengan jaminan tiga tahun

BACA : HENNESSEY VELOCIRAPTOR 500 BRONCO, 3.0L V6 TURBO 500HP, 746NM!

BACA : HENNESSEY UBAH SUAI CORVETTE C8 STINGRAY, 717 HP TORK 865NM!

Google ads

B K

Back to top button