BuletinMotosikal

HOMOLAGASI HELMET MOTOGP DITUNDA HINGGA PERTENGAHAN MUSIM

Sebaik tamat pusingan MotoGP yang lalu, Suruhanjaya Gran Prix mengumumkan bahawa FIM (Federation Internationale de Motocyclisme) telah menetapkan tanda aras baru pada kelulusan topi keledar yang akan digunakan pada 2019.

Homolagasi baharu untuk 2019 memastikan piawaian topi keledar perlumbaan yang lebih selamat menerusi program yang dikenali sebagai
FIM Racing Homologation Programme (FRHP).

Setiap pengeluar topi keledar perlumbaan ini perlu menghantar sampel untuk diuji dan FIM berada dalam fasa terakhir untuk menentukan kelulusan masing-masing.

Setakat ini hanya enam jenama yang telah melepasi ujian FRHP tersebut dan mereka ialah AGV , BELL, HJC, KABUTO, SHARK dan SHOEI  

Sementara itu, jenama-jenama seperti AIROH, ARAI, LS2, NOLAN/X-LITE, NHK, MT, SCORPION, SHIRO dan SUOMY/KYT masih belum diuji bagi ujian homolagasi.

Fasa ketiga ialah jenama yang masih dinilai untuk permohonan FRHP iaitu
6D, ALPINESTARS, LAZER, NZI, SCHUBERTH dan VOZZ.

Menurut sumber MotoGP.com, senarai akhir helmet ini akan diumumkan tidak lama lagi, berkemungkinan besar pada pertengahan musim MotoGP 2019.

Google ads
Back to top button