Motosikal

HONDA AFRICA TWIN DENGAN WARNA HITAM MATT BAHARU – UNTUK VARIAN STANDARD SAHAJA

Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan warna baharu untuk jentera touring Honda Africa Twin varian standard.

Bagi tahun 2018, model standard Honda Africa Twin kini didatangkan dengan warna hitam matt yang membuatkannya kelihatan lebih garang.

Jentera tersebut masih mengekalkan enjin empat injap parallel twin bersesaran 998cc berkuasa 70kW dan tork 99Nm.

Boon Siew Honda akan terus memasarkan Honda Africa Twin menerusi empat varian sedia adad. Varian standard hadir dengan pilihan transmisi manual dan DCT enam kelajuan.

Varian Adventure Sports yang tampil dengan warna Tricolor juga menawarkan pilihan kotak gear yang sama.

Honda Africa Twin boleh anda miliki pada harga RM69,000 seunit.

Google ads
Back to top button