Buletin

HONDA BRIO ADALAH MOBIL SEJUTA UMAT BAGI TAHUN 2022!

Di negera jiran kita Indonesia, wujud istilah untuk kereta yang paling laku / popular di sana, iaitu Mobil Sejuta Umat. Dahulu kala, Honda Jazz pernah bergelar Mobil Sejuta Umat, punyalah laku dan popular. Merata pergi jumpa. Semua orang pakai Honda Jazz di kala itu. Dan kini, tahta tersebut telah digalas oleh Honda Brio selaku Mobil Sejuta Umat bagi tahun 2022.

Sepanjang tahun 2022, Honda Brio ini berjaya dijual sejumlah 61,025 unit. Suatu Jumlah yang cukup banyak, walau pun umum mengetahui sektor automotif mengalami masalah kekurangan cip mikro. Bayangkan jikalau masalah cip mikro ini berjaya di atasi, pasti angka ini lebih banyak. Malah, pengeluran melalui kilang pembuatan Honda Brio di Karawang turut telah dipertingkatkan untuk memenuhi permintaan yang cukup tinggi buat pengguna di sana.

Honda Brio di Indonesia dipasarkan dengan varian, S, E, E CVT dan juga Brio RS dengan harga bermula Rupiah 159.100.000 (RM45,138). Suatu harga yang cukup munasabah dan mampu milik apatah lagi ianya merupakan jenama Honda.

Honda Brio ini secara asasnya menggunakan enjin 1.2 i-Vtec yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 90 PS. Walau pun Nampak macam lemau, tetapi untuk pemanduan bandar kuasa yang sederhana ini apabila dipadankan dengan saiz Honda Brio yang kompak ini cukul ideal untuk memecut di kawasan bandar.

Untuk rekod, selain daripada pasaran Indoensia, model Honda Brio ini turut dieksport ke pasaran luar di Filipina untuk memenuhi permintaan di sana pula. Agak sayang juga apabila ianya tidak di bawa masuk ke sini.

Selain daripada Honda Brio, prestasi jualan jenama Honda di Indonesia juga sebenarnya turut disumbangkan oleh dua lagi model utama yang turut menjadi pilihan pengguna di sana, model Honda CR-V dan  model baharu Honda BR-V dan juga Honda HR-V. Khabarnya sejumlah 125,411 unit jualan Honda berjaya terjual sepanjang tahun 2022. Suatu jumlah yang cukup signifikan walau pun satu dunia sedang mengalami masala cip mikro hingga menjejaskan penjualan kereta.

Harga murah, kereta sedap, maka selayaknya ianya diangkat sebagai Mobil Sejuta Umat!

BACA : HONDA BRIO BAKAL DIEKSPORT DARI INDONESIA KE ASEAN, MALAYSIA BAGAIMANA

BACA : HONDA BRIO RS URBANITE – KEMAIN URBAN NAMA

Google ads

B K

Back to top button