
KES KECURIAN, PROTON WIRA ‘PALING PANAS’, MYVI BERADA DIPOSISI KEENAM
Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia telah mengeluarkan senarai jenis kereta ‘paling panas’ yang sering menjadi sasaran pencuri. Untuk kenderaan jenama tempatan, Proton Wira telah berada dalam senarai paling atas.
Menurut penyelaras Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia, Mas Tina Abdul Hamid berkata senarai tersebut adalah berdasarkan tuntutan yang diterima oleh syarikat insurans.
Beliau turut menyatakan bahawa pencuri selalunya menyasarkan model kereta yang lebih tua dan lebih popular. Beliau juga percaya Myvi akan menjadi kegemaran mereka tidak lama lagi.
Tambahnya lagi, Sebanyak 131 Wira dilaporkan dicuri pada 2021, diikuti Proton Iswara dengan 75 kes sementara Perodua Myvi berada di tempat keenam dalam senarai itu.
Toyota Hilux adalah kereta buatan asing yang paling banyak dicuri dengan 65 kes pada 2021, meletakkannya di tempat keempat, manakala Perodua Kancil berada di posisi ketiga.

“Wira merupakan jenama yang popular ketika itu, dan masih terdapat sejumlah besar di jalan raya walaupun pengeluaran dihentikan pada 2009,” kata Cik Mas Tina sambil menambah bahawa selalunya pencuri akan menjadi pembekal alat ganti Wira.
Kereta Mercedes-Benz yang dicuri kemudian akan dijual pada harga serendah RM10,000, manakala Hilux pula boleh didapatkan pada harga RM12,000, dan Wira hanya dijual pada harga RM3,000.
Lebih memburukkan lagi situasi adalah kekurangan alat ganti kenderaan akibat pandemik Covid-19 antara punca pencuri giat melakukan pencurian selain faktor terdapat permintaan di pasaran gelap.
“Pelanggan yang bersetuju dengan tawaran mereka akan memasukkan wang ke dalam akaun milik sindiket sebelum kenderaan atau komponen hasil pencurian dihantar kepada pelanggan menggunakan perkhidmatan bungkusan berdaftar,” kata Cik Mas Tina.
Selain kenderaan empat roda, motosikal juga paling mudah dicuri dan menurut data, Yamaha 135LC merupakan paling sering dicuri, bahkan setiap hari terdapat kes motosikal jenis Yamaha 135LC dilaporkan hilang.

Kedua dalam senarai itu ialah Yamaha Y15R dengan 186 kes dilaporkan, diikuti oleh Honda C100 dengan 151 kes.
“Biasanya, pencuri akan menyasarkan model terbaru, lalu menjual alat gantinya. Mereka juga menjual Yamaha 125Z pada harga RM1,500, Yamaha 135LC pada harga RM500, dan Honda EX5 serta Honda Wave pada harga RM300 setiap satu.
Tanpa berselindung, beliau mengakui bahawa adalah sangat sukar bagi pihak berkuasa untuk membenteras sindiket tersebut.
“Mereka mempunyai orang yang berbeza untuk mencuri dan kumpulan yang berbeza untuk membawanya ke Thailand. Sementara untuk jualan, ada pihak lain akan menjualnya.” katanya. – The Straits Times
- BACA: MODUS OPERANDI BAHARU – CURI KERETA SEWA DAN JUAL DENGAN HARGA MURAH. HATI-HATI!
- BACA: PENJAWAT AWAM DITAHAN CURI KAD TOUCH N GO MANGSA TRAGEDI TANAH RUNTUH
- BACA: TOYOTA MULA TAWAR SOLUSI ELAK KECURIAN CATALYTIC CONVERTER DI US
- BACA: PENCURI PENGUBAH PEMANGKIN PANDU LAMBORGHINI URUS – BERGAYA BETUL KAU TOQ