Buletin

TRELER MUSNAH DIJILAT API, PEMANDU HILANG GAGAL DIKESAN

Sebuah treler musnah dijilat api di Kilometer (KM) 259, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada 8.40 pagi, hari ini. Kebakaran itu mengakibatkan bahagian hadapan treler telah musnah sepenuhnya.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Negeri Sembilan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.42 pagi.

Tambahnya lagi, ketika pihak Bomba dan Penyelamat dari Seremban tiba, pemandu treler terbabit tidak berjaya dikesan di lokasi dan sehingga kini, status masih belum diketahui.

“Pemandunya belum diketahui keberadaannya. Kerja pemadaman dan pembersihan dijalankan,” Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan menjelaskan situasi semasa.

Melalui laman Facebook Lebuhraya Malaysia (LLM), pihaknya menyatakan status terkini dengan semua lorong masih terhalang.

Sementara itu, kenderaan akan dilencongkan ke Plaza Tol Port Dickson dan disarankan untuk menggunakan laluan alternatif. – Harian Metro

Google ads
Back to top button