Buletin

HONDA CIVIC 1.5TC DINOBAT SEBAGAI CAR OF THE YEAR 2016!

Honda Malaysia menjadi tumpuan dalam acara Malaysia Car of the Year 2016 Awards yang berlangsung malam semalam apabila model Honda Civic 1.5TC dinobatkan sebagai penerima anugerah Car of the Year 2016.

Anugerah berprestij itu dipilih oleh panel juri daripada 11 pemenang kategori yang dipertandingkan. Harus tahu bahawa pemenang setiap kategori dinilai dengan teliti sepanjang tempoh pertandingan yang bermula 1 November 2015 hingga 31 Oktober 2016.

honda-civic-coty-2016-mekanika-2

Bukan itu sahaja, Honda Civic 1.5TC juga dipilih sebagai penerima anugerah “Family Sedan of the Year”. Ia mengalahkan Civic 1.8, serta beberapa model menarik dari Eropah yang lain seperti Peugeot 408 e-THP, Volkswagen Jetta 1.4 TSI dan Ford Focus 1.5 Trend.

BACA: HONDA CIVIC 1.5 TURBO – CIVIC TERBAIK SETAKAT INI!

BACA: GAIKINDO 2016 – PROTOTAIP HONDA CIVIC HATCHBACK

Jentera tersebut digerakkan oleh unit enjin 1.5 liter turbo pancitan terus VTEC yang mampu menjana kuasa mencecah 173PS dan tork 220Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT yang responsif.

honda-civic-coty-2016-mekanika-1

“Perubahan radikal berbanding model terdahulu, Honda membuatkan pasaran untuk berfikir dan menyedari tentang kehadiran Civic baharu.

“Civic juga mengujakan para pembeli dan wartawan pemotoran menerusi pakej gaya, kejuruteraan, nilai jenama yang kukuh dan harga kompetitif,” kata Pengerusi yang juga panel juri Malaysia Car of the Year Awards 2016, Yamin Vong.

Yoichiro-Ueno-Honda-India-mekanika (1)

Di majlis yang sama, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Yoichiro Ueno dipilih sebagai Automotive Man of the Year 2016. Beliau layak menerima pengiktirafan itu kerana berjaya memacu Honda menjadi  jenama No. 2 dari segi jualan di Malaysia.

Tahniah Honda Malaysia!

Google ads
Back to top button