Buletin

LAMBORGHINI MURCIELAGO DIRANAPKAN – LEMAH SEMANGAT TENGOK VIDEO NI…

Sebuah Lamborghini Murcielago LP640 dimusnahkan oleh pihak berkuasa Taiwan kerana pemilik kenderaan itu didakwa gagal mendaftar dan memasang plat nombor yang sah padanya.

Biarpun tidak berapa jelas apakah punca utamanya, namun laporan menyatakan tindakan itu diambil selepas amaran diberi beberapa kali kepada pemiliknya.

Jadi, pihak berkuasa menyita dan bagi memastkan ia tidak boleh dijual semula, tindakan memusnahkannya diambil. Kereta itu dikatakan telah disita sejak tiga tahun lalu. Malah pemiliknya juga telah membuat rayuan yang kemudiannya ditolak.

BACA: SET LAMBORGHINI ESAVOX UNTUK PENCINTA AUDIO

BACA: HADIAHKAN ISTERI LAMBORGHINI, ISTERI LANGGAR BECA – MALANG NASIB KAU AHLI POLITIK

Berdasarkan kepada jumlah kamera yang ada, jelas bahawa pihak berkuasa mahu menjadikan kes ini peringatan untuk pengguna kenderaan yang lain. Kalau Lamborghini Murcielago pun mereka boleh musnahkan dengan selamba, apatah lagi Myvi kuning yang perasan racing. Bagus juga kalau buat peraturan ni kat sini.

lamborghini-murcielago-lp640-destroyed-taiwan-mekanika-1

Dihasilkan pada tahun 2009, LP640  merupakan salah satu versi Murcielago. Jentera berkuasa tinggi itu dibekalkan dengan enjin V12 aspirasi biasa bersesaran 6.5 liter. Ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 661hp bagi membolehkannya memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa bawah tiga saat.

Di pasaran Amerika, ia dijual pada harga AS$320,000 (RM1.43 juta) seunit. Bayangkan ia musnah begitu sahaja.. haih…

Google ads
Back to top button