Buletin

RENAULT ZOE TIDAK AKAN DAPAT GENERASI BAHARU, BERI LALUAN KEPADA EV BAHARU

Bos Renault Fabrice Cambolive mengesahkan model kereta elektrik cilik Renault Zoe tidak akan mendapat generasi baharu kelak.

Ini bermakna, kereta elektrik yang paling laris terjual di negara asal Renault bakal dikuburkan bagi memberikan laluan kepada dua model EV baharu, iaitu Renault 4 dan Renault 5 yang akan tiba pada tahun 2025.

Keputusan ini dibuat memandangkan Renault mahu meringkaskan lagi penawaran model sedia ada.

Sementara model Renault Clio dan Renault Captur akan terus dikekalkan sebagai model hibrid alternatif kepada model Renault 4 dan Renault 5.

Cambolive percaya barisan model yang sempurna untuk pasaran Eropah akan terdiri daripada empat model EV (Renault 4, Renault 5, Megane & Scenic) serta empat model hibrid (Clio, Captur, Arkana dan Austral).

Tiada sebarang kata putus berkenaan tarikh sebenar penamatan produksi bagi model Renault Zoe yang sebelum ini pernah menjadi EV paling laku keras untuk tempoh dua tahun (2015-2016). – Autocar

Google ads
Back to top button