Buletin

KIA LANCAR EV5 DI CHENGDU MOTOR SHOW, GUNA BATERI LFP BLADE BYD, 215HP

Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China hari ini mendedahkan model baharu dari Kia iaitu EV5 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Ogos ini di Chengdu Motor Show.

Menerusi pendedahan tersebut, Kia EV5 akan menampilkan bateri LFP Blade daripada BYD dan motor elektrik 160kW (215hp) dengan tork 310Nm.

Di China, setiap kereta mesti diluluskan oleh pengawal selia tempatan sebelum memasuki pasaran, dan MIIT menerbitkan senarai kenderaan melalui proses penilaian setiap bulan.

Tindakan MIIT bagaimanapun mendatangkan rasa tidak puas hati kepada Kia kerana telah mendedahkan gambar serta spesifikasi rasmi sebelum pelancaran.

Kia EV5 dibina di atas platform E-GMP 800V dan mempunyai dimensi 4,615mm (panjang), 1,875mm (lebar), 1,715mm (tinggi), sementara jarak roda pada 2,750mm.

Untuk kuasa, enjin elektrik 160kW ialah jenis EM16 daripada Vitesco Automotive Electronics (Tianjin) Co., Ltd manakala bateri LFP dihasilkan oleh Xiangyang Fudi Battery Co., Ltd., yang dimiliki sepenuhnya oleh BYD.

Untuk rekod, pra-jualan EV5 akan bermula pada bulan November tahun ini. Selain EV5, Kia turut bakal melancarkan coupe EV6, di mana model coupe EV6 tersebut telah pun mula menerima pesanan.

Kia merancang untuk melancarkan sekurang-kurangnya satu kenderaan elektrik berasaskan E-GMP setiap tahun sekaligus mencapai 6 model EV di pasaran menjelang 2027.

Google ads
Back to top button