BuletinMotosikal

‘SAYA TAK TUMPU CATATAN MASA, CUBA SESUAIKAN DIRI DENGAN KTM”- HAFIZH SYAHRIN

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Dalam ujian pra-musim yang berakhir di Litar Valencia semalam, pelumba kebanggaan negara, Hafizh Syahrin hanya mencatat tempat ke 22 dengan catatan masa 1’33.008. Ia bukanlah keputusan yang bagus namun Hafizh mengakui bahawa beliau masih dalam fasa mengenal jentera baru yang digunakan pada musim MotoGP 2019 nanti.

“Secara keseluruhannya, ia adalah ujian yang bagus. Saya tak tumpukan sangat pada catatan masa dalam ujian dua hari ni. Saya cuba sesuaikan diri dengan jentera baru lebih-lebih lagi memahami bahagian elektroniknya.

“Pada ujian hari pertama, kami tak buat sebarang perubahan pada motosikal, tapi tengahari semalam, kami tukar beberapa talaan di bahagian depan dan belakang dan nampaknya, ada kesan positif.

“Suhu lewat hari ini (semalam) agak dingin dan kami telah gunakan tayar “medium”. Saya terlibat dalam kemalangan kecil pada selekoh ke 10 tapi saya okay dan dalam rentak untuk fahami jentera ini secara keseluruhan. Pasukan kami masih bekerja kuat menentukan apa yang terbaik antara saya dan motosikal ini. Saya berharap cuaca di Jerez lebih baik dan dapat mempertingkatkan prestasi dalam setiap sesi.”

2019 menandakan musim pertama Hafizh bersama pasukan KTM setelah pasukannya, Tech 3 beralih dari kem Yamaha.

Tags
Google ads
Back to top button
Close