Buletin

LELAKI MABUK DITAHAN. PANDU LAWAN ARUS 8KM DI P.PINANG

Polis menahan seorang lelaki selepas didapati memandu melawan arus lalu lintas di bawah pengaruh alkohol di Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Prai, awal hari ini.

Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di lorong SmartTAG Sungai Dua Dua kira-kira pukul 2.30 pagi.

Dia dipercayai telah memandu ke arah bertentangan untuk sekurang-kurangnya lapan kilometer, dari plaza tol Bertam ke plaza tol Sungai Dua, sebelum dihentikan dan ditangkap.

Tiada kecederaan atau kemalangan yang dilaporkan dalam kejadian itu.

“Dia mahu pulang ke Bukit Tambun selepas keluar dari di sebuah kelab malam. Namun, dia hanya menyedari dia terlepas persimpangan ketika dia memandu ke plaza tol Bertam.

“Kami telah mengambil sampel darahnya, dan percaya bahawa dia memandu di bawah pengaruh alkohol pada waktu kejadian,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara Penolong Pesuruhjaya Noorzainy Mohd Noor.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 dan 45a Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan memandu kenderaan bermotor dengan pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.

KREDIT: NST

Google ads
Back to top button