Buletin

HONDA HR-V FACELIFT DILANCAR DI THAILAND. MALAYSIA TAK LAMA LAGI

Honda Thailand telah melancarkan HR-V versi facelift bagi pasaran domestik di sana dan penjualan rasmi diumumkan bermula awal Julai nanti. Seperti yang anda tahu, ia model kegemaran rakyat Malaysia juga dan ramai yang menuggu versi facelift ini tiba.

Tidak banyak perubahan besar yang dapat dilihat pada bahagian kosmetik luaran. Jelas, HR-V sebuah rekabentuk crossover yang sempurna dan hanya beberapa kemasan kecil yang kelihatan.

Pada model spesfifikasi tinggi, ia hadir dengan rekaan lampu utama LED serta DRL berwajah baru. Turut berubah ialah lampu kabus dengan jalur LED. 

BACA: PANDU UJI HONDA HR-V

Bahagian belakang, ada garisan krom merentangi lampu kiri dan kanan. Lampu belakang juga rekaan LED nya berubah dengan cahaya mendatar berbanding bintik-bintik kecil sebelum ini.

Bagi spesifikasi RS iaitu yang tertinggi di Thailand, ia didatangkan dengan rim 17 inci rekaan baru. Warna Passion Red Pearl yang anda lihat di sini juga adalah pilihan baru untuk gred RS sahaja

Turut didatangkan ialah snunroof panoramik dan fungsi City Active System Remake (CTBA), yang merupakan brek kecemasan automatik yang berfungsi pada kelajuan antara 5 dan 30 km / h.

Bagi model EL dan RS juga dipasangkan dengan Honda LaneWatch, kamera yang menyala apabila isyarat sisi penumpang dipasangkan. Dua gred tertingi ini juga didatangkan dengan enam beg udara sementara gred E terdapat empat beg udara.

EL dan RS juga mendapat sistem audio dengan skrin tujuh inci dan fungsi Walk Away Auto Lock (yang sama pada model Civic).  Setakat ini, tiada model HR-V yang didatangkan dengan Honda Sensing.

Bagi enjin pula, tiada perubahan yang dinyatakan. Ia masih dijana oleh unit enjin empat selinder SOHC i-VTEC 1.8 liter dengan 141 hp / 172 Nm dan kotak transmisi automatik CVT.

Harga di Thailand bermula dari 949,000 baht (RM115,725) untuk E, 1.059 juta baht (RM129,140) untuk EL. dan untuk model tertinggi RS ialah 1.119 juta baht (RM136,460).

Bagaimana dengan pasaran Malaysia?

Menurut informasi yang boleh dipercayai, Honda Malaysia dikatakan akan melancarkan model ini sekitar bulan September nanti. Permeriksaan kami di beberapa pengedar Honda juga mendapati bahawa mereka memberitahu bahawa tempahan HR-V hanya akan menerimanya pada bulan September.

Akibat dari pengumuman 0% GST yang diumumkan kerajaan, permintaan kereta-kereta Honda meningkat mendadak, khususnya HR-V.

GALERI

 

Google ads
Back to top button