BuletinSpyshot

HONDA JAZZ AKAN DIGANTIKAN SEPENUHNYA PADA 2019

Mungkin ramai yang tidak tahu, Honda Jazz asalnya adalah sebuah kereta biasa-biasa sahaja bila diperkenalkan pertama kali di Jepun sebagai Honda Fit. 

Ya. Jepun yang industri automotifnya rancak dan matang, namun adalah sangat menakjubkan bila Jazz berjaya memintas jualan Prius di Jepun dan kereta ini jugalah yang menyumbang jualan besar keseluruhan Honda di Thailand. Pada 2014, pertama kali dalam sejarah automotif di negara gajah putih itu, Honda mendahului jualan Toyota.

BACA: HONDA JAZZ MUGEN PRO!

Sudah ada tiga generasi Jazz di pasaran. Model pertamanya, GD diperkenalkan paling lama di pasaran bermula 2001 hingga 2008. Kemudian, model generasi kedua, GE kembali kepada tradisi pengeluar Jepun iaitu pusingan lima tahun. dari 2009 hingga 2013.

Model yang ada pada hari ini telah diperkenalkan pada 2014, menjalani proses facelift pada 2016 dan jika mengikut jadual, ia akan berkahir pada tahun ini.

Itu bermakna Jazz akan mendapat model gantian baru sepenuhnya pada tahun 2019. 

Menurut beberapa sumber, model generasi keempat tersebut akan dikuasakan enjin 1.0 turbo dan pilihan enjin 1.5 hybrid i-VTEC i-MMD.

Enjin 1.0 turbo ialah enjin sediada yang digunakan pada model CIvic keluaran Eropah dan juga China. 

Enjin tersebut merupakan enjin tiga selinder, DOHC Earth Dream dengan sebuah pendesak turbo kecil dengan sejukan intercooler.  Ia menghasilkan 129HP dan 173Nm tork pada 4500RPM, ia bukanlah enjin yang pekak sangat walaupun hanya tiga selinder. Malah antara yang berkuasa kalau dibandingkan dalam kelas enjin 4 selinder N/A berkapasiti 1800cc-2000cc.

Google ads
Back to top button