Buletin

HONDA HR-V KINI BERWARNA DARK RUBY RED PEARL

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan warna merah (Dark Ruby Red Pearl) ke dalam rangkaian model HR-V.

Honda HR-V-Dark Ruby Red Pearl-mekanika (1)

“Berdasarkan maklum balas positif ke atas warna merah pada model City dan Jazz, kami mengambil keputusan untuk memperkenalkan warna sama pada HR-V. Selain warna itu, HR-V turut menerima rim bersaiz 17 inci untuk semua varian,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi.

Sejak dilancarkan pada Februari 2015, lebih 28,500 unit HR-V telah terjual sehingga April 2016. Ia kekal menjadi peneraju dalam segmen SUV kompak.

Honda HR-V-Dark Ruby Red Pearl-mekanika (4)

HR-V masih mengekalkan enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT. Padanan ini menjanjikan prestasi dan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya.

Dengan pengenalan warna baharu ini, Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual 1,500 unit HR-V sebulan. Warna sedia ada untuk HR-V ialah putih, kelabu dan hitam.

Honda HR-V-Dark Ruby Red Pearl-mekanika (6)

Biarpun permintaan terhadap HR-V adalah tinggi, Honda Malaysia berjaya mengekalkan tempoh menunggu di antara satu hingga dua bulan.

Sebagai tambahan, ‘Rear Shelf’ turut ditawarkan sebagai aksesori kepada pemilik HR-V. Ditawarkan pada harga RM550 seunit, ia boleh didapati di semua 88 pengedar Honda di seluruh negara.

Maklumat lanjut, sila hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
"
"
Back to top button