Motosikal

HUSQVARNA TAWAR CIRI TRACTION CONTROL

Pengeluar motosikal terkemuka dari Austria, Husqvarna baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan ciri traction control pada semua model motocross tahun 2017 keluarannya.

Husqvarna-Motocross-traction-control-mekanika (3)

Sebenarnya, traction control pada motosikal lumba bukanlah satu konsep baru. Ciri itu sudah diperkenalkan pada jentera sebegitu hampir sedekad lamanya. Namun, usaha Husqvarna nyata memberi nafas baru kepada motosikal kegunaan biasa.

Aplikasi ciri traction control dimulakan oleh Kawasaki menerusi model Kawasaki KX450F pada tahun 2015.

Husqvarna-Motocross-traction-control-mekanika (1)

Penambahan tersebut bukan satu tugas mudah kerana gaya tunggangan yang berbeza. Jadi, sistem ini perlu membolehkan penunggang melakukan aksi ‘drift’. Pada masa yang sama memastikan casis tidak berpusing secara berlebihan.

Menurut Husqvarna, sistem pengurusan enjin Keihin digunakan untuk memantau input pendikit dan rpm enjin untuk mengesan masalah wheel-spin. Ia kemudian mengurangkan kuasa enjin bagi menawarkan cengkaman yang maksimum.

Husqvarna-Motocross-traction-control-mekanika (4)

Apa yang pasti, teknologi ini akan ditambah baik pada masa depan. Malah, beberapa teknologi baharu sepertu launch control dan wheelie control juga dijangka diperkenalkan.

Google ads
Back to top button