Buletin

HONDA HR-V MUGEN DENGAN SISTEM HIBURAN PREMIUM

“Untuk Anda yang berjiwa petualang dan berani menghadapi tantangan namun tetap mengutamakan penampilan, telah hadir sebuah perpaduan antara mobil SUV yang tangguh dengan desain yang menggoda. Nikmati perjalanan Anda dengan percaya diri, taklukan setiap rintangan dalam balutan design penuh gaya sesuai keprinadian Anda. Inilah kepribadian crosover terbaru. Inilah Honda – HR-V, The Daring Achiever”

Itu adalah petikan kata-kata pujangga dalam laman web rasmi Honda Indonesia. Terasa aneh kerana ia menggunakan bahasa tempatan. Tapi nanti dulu, jika anda buka laman web Thailand, Vietnam dan Filipina, mereka juga menggunakan bahasa negara masing-masing. Bukan sahaja Honda, tapi hampir kesemua web negara yang disebutkan mengutamakan bahasa Ibunda.

BACA – PANDU UJI: HRV, SI KECIL BERJIWA BESAR

BACA – HONDA HR-V DARK RUBY PEARL

Kita yang pelik sebenarnya. Semua laman web bahasa Inggeris. Honda masih boleh terima jugalah. Proton? Perodua?

OK. lah kami tak membincangkan tentang bahasa, tapi ini adalah tentang spesifikasi baru pilihan untuk pembeli HR-V di sana. Honda Indonesia memperkenalkan versi Mugen sebagai tambahan kepada model sedia ada yang laris.

HR-V Mugen

Di Indonesia, HR-V divariasikan pada 2 varian utama. 1.5L dan 1.8L dan selain CVT setiap varian ini didatangkan dengan pilihan transmisi manual. Kemudian, varian ini dibahagikan kepada spesifikasi Special Edition, Prestige dan yang terbaru Mugen.

Mugen adalah penala (tuner) Honda yang tak perlu diperkenalkan lagi. Varian Mugen ini merupakan pilihan untuk unit model 1.5L dan 1.8L yang dikenali dengan “Mugen with premium entertainment system”.

Ia didatangkan dengan kit badan lengkap yag meliputi Jeriji radiator Mugen, “lips” pada bampar hadapan, skirting sisi, spoiler belakang, apron pada bampar belakang, emblem Mugen dan yang terakhir, pelekat badan di sisi, warna korporat Mugen – merah/emas/hitam-kelabu. SUV ini juga dilengkapi dengan rim aloi berdiameter 17 inci.

HR-V Mugen

Untuk bahagian dalaman, versi Mugen ini didatangkan dengan sistem audio premium. Ia menampilkan 8 unit pembesar suara Neodynium dengan pemain utama jenis sistem “terapung” (floating system). Menarik kemasannya.

Harga jualan untuk model Mugen dengan sistem audio premium ini ialah;

1.5L Mugen RP 326 juta (RM 105,500.00)

1.8L Mugen RP 398 juta (RM 128,800.00)

Tidak lah murah mana seperti yang ramai pakar automotif FB mendakwa kereta di Indonesia murah sangat.

 

HR-V Mugen HR-V Mugen HR-V Mugen

 

 

Google ads
Back to top button