Buletin

HONDA HR-V 2023 TERIMA KENAIKAN HARGA RM1,100

Keadaan ekonomi melemah sememangnya memberi impak kepada pelbagai industri automotif dan hasilnya, harga Honda HR-V 2023 di Malaysia turut menerima kenaikan.

Menerusi laman web Honda Malaysia, setiap varian kini menerima tambahan sebanyak RM1,100, bermula 5 Julai 2023.

Harga baharu bagi model HR-V 2023:

  • HR-V 1.5 S: RM 115,900
  • HR-V 1.5 E: RM 130,900
  • HR-V 1.5 V: RM 135,900
  • HR-V 1.5 RS e:HEV: RM 141,900.

Untuk rekod, harga yang dicatatkan di atas adalah tidak termasuk insurans manakala pilihan warna Platinum White Pearl akan dikenakan bayaran tambahan RM600 bagi semua varian.

Walaupun terdapat kenaikan harga, model berkenaan bagaimanapun tidak mempunyai kemas kini secara mekanikal atau ciri baharu lain dimuatkan pada HR-V 2023.

Google ads
Back to top button