
DENDA LAMPU TINGGI: NAH, DUDUK DAN TENUNGLAH LAMPU KERETA POLIS SAMPAI PUAS
Mungkin bunyinya macam jengkel dan kejam tetapi inilah yang dilakukan oleh pihak berkuasa China baru-baru ini. Mereka mendenda mereka yang menggunakan lampu tinggi tak tentu hala dengan memaksa merenung lampu kereta polis.
Ya. Seperti yang dilaporkan oleh laman rasmi Weibo (facebook versi China) Polis Trafik Daerah Shenzhen. Bukan sahaja didenda dengan duduk di kerusi dan merenung lampu kereta polis yang terpasang, pesalah juga dikenakan penalti saman kira-kira RM170.
BACA – 10 SAMAN TRAFIK TERMAHAL DI DUNIA
BACA – WAJIB PAKAI SARUNG TANGAN ATAU DISAMAN
Pedih?
Rasanya belum cukup lagi. Ini kerana pesalah hanya didenda untuk tempoh 1 minit sahaja. Kalau Abang Japar jadi polis tu, orang macam ni suruh dia duduk tenung spotlight Stadium Shah Alam selama 7 hari 7 malam, baru dia tahu erti penyesalan.
Ini bukanlah kali pertama. Pada 2014, pesalah yang ditangkap didenda dengan dipaksa duduk di hadapan lampu kereta polis selama LIMA MINIT.
Anda rasa boleh tak kalau kita buat di Malaysia?







