Pandu Uji

HONDA JAZZ PETROL

Minggu lalu, Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) membuat kejutan yang menyenangkan buat semua pengguna di Malaysia apabila memperkenalkan model kompaknya, Jazz versi petrol.  

Caltex 2012Photo4_HJ_Front

Apa yang menjadi tumpuan pastinya harga yang ditawarkan iaitu RM74,800 (di atas jalan termasuk insurans). Angka itu dilihat sangat berbaloi, apatah lagi ketika pengguna tempatan sememangnya menanti-nanti harga kenderaan yang lebih rendah. Harus tahu juga bahawa inilah model pertama Honda yang berharga di bawah RM75,000.

SONY DSC

Pada harga itu, anda boleh memiliki sebuah Jazz  dengan bayaran serendah RM755 sebulan untuk pinjaman selama sembilan tahun.

Untuk makluman, Jazz generasi kedua diperkenalkan di pasaran tempatan pada Ogos 2008. Pada ketika itu, dua gred ditawarkan iaitu gres S dan V. Harganya, RM104,800 untuk gred S dan RM109,800 (gred V).

SONY DSC

Harga itu memang mahal untuk sebuah kompak seperti Jazz. Maka, tidak hairanlah jika angka jualannya tidaklah memberangsangkan.

Pada 2011, Jazz tampil dengan model facelift. Gred V sebelum  diganti dengan model Jazz gred S pada Ogos tahun lalu. Harganya dikurangkan menjadi RM99,800. Namun, harga itu dilihat tidak signifikan kerana pada masa yang sama HMSB turut menawarkan model Jazz Hybrid pada harga RM94,800. Selepas dipasang tempatan (CKD), Jazz Hybrid kini dijual pada harga RM89,900 seunit.

SONY DSC

Sebelum anda membuat sebarang andaian, saya perlu jelaskan bahawa penurunan harga ini adalah insiatif HMSB sendiri. Maksudnya, harga rendah itu tiada kena mengena dengan sebarang insentif atau pengecualian cukai daripada kerajaan.

Selain disebabkan oleh program CKD, penurunan harga itu juga didorong oleh penggunaan komponen tempatan yang kini berada di antara 30 hingga 40 peratus. Pihak pengurusan HMSB mengakui bahawa pihaknya akan terus meningkatkan kadar penggunaan komponen tempatan pada masa depan.

SONY DSC

Jazz versi petrol itu merupakan varian Jazz yang kedua selepas Jazz Hybrid CKD dipasang di kilang Honda di Pegoh, Melaka.

Biasanya, kalau harga sudah kurang, mesti ada aksesori yang hilang. Dalam kes Jazz ini. HMSB memastikan nilai jentera kompak ini kekal kompetitif dengan mengekalkan hampir semua ciri yang ada pada model Jazz sebelumnya. Apa yang hilang hanyalah auto lock dan paddle shifter.

Caltex 2012P16_06

Sistem keselamatan yang ada pada Jazz juga memberangsangkan. Jentera ini dilengkapi dua beg udara, sistem brek anti kunci (ABS) dengan EBD dan Brake Assist. Malah sistem Vehicle Stability Assist (VSA) turut dipasang sebagai satu ciri standard.

Dari segi mekanikal, Jazz terus menggunakan unit enjin i-VTEC bersesaran 1.5 liter yang sudah terbukti kemampuannya. Enjin dengan kod L15A itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 120PS dengan tork puncak 146Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear jenis torque converter lima kelajuan automatik. Jadi, kadar penjimatan bahan apinya boleh dianggap sebagai bagus.

SONY DSC

Kepada mereka yang mahukan lebih gaya, HMSB menawarkan pakej aksesori Modulo pada harga RM3,950. Ia meliputi spoiler depan belakang dan skirt sisi. Sementara Urban package pula ditawarkan pada harga RM2,550. Jika tidak mahu pakej, anda boleh membeli aksesori ini secara berasingan.

Sedia maklum bahawa Jazz genarasi baharu bakal dilancarkan di Jepun tidak lama lagi. Namun, apabila ditanya kenapa masih mahu memasarkan model ini, HMSB ada rasionalnya.

SONY DSC

“Jika Jazz generasi baharu akan dilancarkan di Jepun pada akhir tahun ini sekali pun, tetapi ia akan mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai ke pasaran Malaysia. Jadi, kami fikir tidak perlu tunggu begitu lama untuk menawarkan Jazz kepada pengguna di Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSB, Yoichiro Ueno.

Tempahan Jazz baharu mula dibuka sejak Khamis minggu lalu. HMSB mensasarkan untuk menjual 500 unit Jazz setiap bulan. Dengan harga dan reputasi yang ada pada Jazz, saya tidak fikir itu perkara yang sukar dilakukan. Terima kasih Honda!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button