Buletin

HONDA LANCAR CIVIC GEN 10 DI AMERIKA UTARA

Honda memperkenalkan model terbaharu Civic yang dijangka dijual di pasaran Amerika Syarikat (AS) pada musim luruh tahun ini.

Honda-Civic-2-16-mekanika (4)

Untuk pasaran AS, Civic akan ditawarkan dalam varian sedan, coupe, Si, hatchback lima pintu dan Civic Type-R buat pertama kalinya.

Disifatkan sebagai Civic yang memiliki rekaan paling dinamik setakat ini, model generasi ke-10 itu dilengkapi pelbagai teknologi baru dan inovasi.

Honda-Civic-2-16-mekanika (1)

Jentera ini bakal dijana oleh dua pilihan enjin iaitu enjin apirasi biasa (N/A) 16 injap empat silinder, DOHC i-VTEC bersesaran 2.0 liter dan 1.5 liter turbo. Enjin tersebut akan dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau CVT.

Civic 2016 juga akan dilengkapi teknologi bantuan pemanduan serta keselamatan termaju Honda Sensing. Ia merangkumi ciri Collision Mitigation Braking, Road Departure Mitigation dan Adaptive Cruise Control dengan Low-Speed Follow (pertama dalam sebuah Honda).

Honda-Civic-2-16-mekanika (5)

Bukan itu sahaja, Civic 2016 bakal dipasang Apple CarPlay®  dan Android Auto™ bersama skrin sentuh berdefinisi tinggi bersaiz tujuh inci yang boleh diintegrasikan dengan telefon pintar Apple atau Android.

Reka bentuk luaran Civic kini dilihat semakin atletik dengan perkadaran tubuhnya yang lebar dan rendah. Berbanding model sekarang, Civic 2016 dua inci lebar, satu inci lebih rendah dan tapak rodanya 1.2 inci lebih panjang.

Honda-Civic-2-16-mekanika (3)

Penampilannya diserlahkan dengan lampu utama, lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu belakang LED berbentuk huruf C.  Model ini akan dipasang di kilang Honda di Greensburg, Indiana, AS dan Alliston, Ontario, Kanada.
“Kami membawakan lebih banyak teknologi dan pemikiran inovatif ke atas Civic ini untuk menetapkan satu penanda aras baharu dari segi prestasi, penjimatan bahan api, keselamatan dan kehalusan buatannya,” kata Naib Presiden Eksekutif American Honda Motor Co, Inc., John Mendel.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button