Modifikasi

MITSUBISHI EVO D4MD!!!

Sejak zaman Mitsubishi Evo 3, saya tidak tahulah kenapa Evo ada pengaruh yang sangat besar dalam masyarakat Malaysia.

Mungkin sebab Proton sebahagiannya. Tapi tak dengar pula orang convert Inspira jadi Evo 10. Pada hal kalau ikut teknikalnya lebih mudah sebab dah sama chasis. Kalau anda perasan juga, populariti Evo terhenti setakat versi 9 saja. Sama macam GDB Subaru, versi Evo 10 dan GRB hatchback macam suam-suam kuku.

Semangat untuk modifikasi Evo 4,5 6 dan Lancer CK nampaknya tak akan pudar sama sekali. Tengok saja harga body kosong kereta ini yang tak mau turun. Baik yang asli, baik yang convert, harganya serupa itu saja. Ini semua tak akan ada kesudahan kalau wujud kereta-kereta macam Evo merah ni. Cantik betul warna dia.

Mitsubishi-Evo-DAMD-mekanika (15)

Body asal kereta ini ialah Lancer CM4A. Menggunakan teknologi terkini, enjin 4G63 Evo 5 telah dimasukkan dengan sempurna. Untuk membolehkan sebuah enjin berkuasa 280PS dari kilang bernafas dengan lebih efisyen menggunakan bahan api gred rendah di Malaysia, beberapa pengubahsuaian telah dibuat.

Pemiliknya menggantikan cam asal kepada Tomei, Valve spring Tomei dan pulley boleh laras HKS.  Turbin asal digantikan dengan turbo dari Evo 8. Disebabkan saiznya itu atau nak nampak lagi garang dan cun melecun, sebuah manifold banana custom Tonka dipasang.

Mitsubishi-Evo-DAMD-mekanika (4)

Boost berlebihan dinyah keluar dengan wastegate 40mm Tial. Paip-paip intercooler jenis stainless steel kini menyambungkan  intercooler custom dengan integrasi sistem turbo tadi dan sebuah Sard fuel regulator.

Modifikasi seterusnya ialah set ekzos yang terdiri daripada paip saluran terus stainless steel 3 inci yang dihadamkan bunyinya oleh peredam bunyi HKS Hi Power.

Mitsubishi-Evo-DAMD-mekanika (13)

Kuasa enjin disalurkan ke roda menerusi transmisi lima kelajuan manual. Pelapik klac moden yang digunakan ialah OS Giken yang sangat laris, tetapi tidaklah popular macam Ogura. Macam mana dia orang boleh dapat idea buat klac bunyi loceng pun tak tahulah.

Apa sebenar yang membuatkan Evo ini nampak begitu menonjol? Bentuknya. Bentuk kereta ini memang unik. Pertama, sebab Lancer CK dan CM memang tak masuk Malaysia secara rasmi. Itu menjadikan model convert Lancer lokal sendiri kurang.

Mitsubishi-Evo-DAMD-mekanika (9)

Bukan model convert saja kurang, model standard pun memang rare sangat. Bentuk kereta ini memang tak sama dengan kereta-kereta sports yang seangkatan dengannya. Dengan kata mudah, kalau modifikasi GC8 ramai yang dungu cakap serupa putra empat pintu.

Bentuk evergreen Evo ini diserikan lagi dengan padanan bodykit DAMD lengkap bamper depan, skirting dan bampar belakang. Hud depan dan trunk lid belakang pula daripada gentian karbon buatan Monster.

Untuk melengkapkan pakej tadi, rim Volks RE30 berdiameter 18 X 9.5 dengan offset -15 dipadankan. Saya rasa rim ini akan viral tak lama lagi. Harganya dah makin mahal macam TE37 dan CE28N.

Rim ini dibalut dengan tayar Dunlop SP sport600 245/40-18. Brek Brembo asal Evo 5  nampaknya masih mampu menjalankan tugasnya dengan baik.

Mitsubishi-Evo-DAMD-mekanika (2)

Bahagian dalaman secara asasnya adalah salinan terus Lancer kepada Evo 5. Apabila platform ini siap, ia dilengkapkan dengan aksesori seperti boost meter Apexi, water temp, oil temp, oil press, HKS EVC 5 boost controller dan Ralliart gear knob berserta pedal kawalannya.

BACA: MODIFIKASI EVO LAPAN MIE RENJONG

BACA: EVO 9, RINGKAS TAPI TANGKAS!

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button