Motosikal

BABY PANIGALE – DUCATI SUPERSPORT 2017

Di Pameran Motosikal Intermot, Jerman, Ducati hari ini melancarkan satu lagi varian terbaru sportbike mereka. Dikenali sebagai Ducati Supersport, ia merupakan motosikal sub 1000cc yang akan dilaras di bawah varian premium Panigale yang telah dinaiktaraf kepada model 1299.

Ia dikuasakan oleh enjin 937cc Testastretta yang berupaya menghasilkan 115 kuasa kuda n 96 paun tork pada 6500rpm. Menariknya, penalaan standard berdasarkan rpm seawal 3,000rpm.

ducati supersport 2017 (1)

Walaupun diletakkan sebagai sportbike laras kedua namun Ducati tidaklah kedekut sangat sampai bagi banana arm berkembar macam Panigale 899. Supersport dipasangkan dengan suspensi Ohlins pada model S dengan lengan ayun tunggal di belakang. Double arm ni standard Suzuki Best saja kan. Ducati mestilah single arm.

Seperti barisan moden Ducati, ia akan dipasangkan teknologi “drive by wire” bersama Ducati Safety Pack, sistem brek 9MP Bosch dan Ducati Traction Control (DTC) sebagai peralatan asas bagi setiap varian.

ducati supersport 2017 (3)

Terdapat 3 mod tunggangan iaitu;

Sport     – 115 kuasa kuda, qiickshifter on, kurang kawalan traksi dalam talaan 3

Touring – 115 kuasa kuda, pendikit lebih lembut, kawalan traksi dalam talaan 4 dan quickshifter on.

Urban   – 75 kuasa kuda, pendikit progresif, kawalan traksi tahap 6 dan quickshifter off – khas untuk Abang Japar, warga emas.

ducati supersport 2017 (5)

Kedudukan pelananya berketinggian 810mm namun ada opsyen untuk pelana lebih rendah 20mm khusus untuk penunggang pendek seperti Ahmad. Papan instrumentasinya kemas dan meriah macam Ducati yang biasa anda tengok. Dibekalkan dengan Ducati Multimedia System (DMS)

Supersport didatangkan dengan gandingan warna Merah/Kelabu, Merah/Hitam dan versi S datang dengan pilihan warna Merah/Matt, Hitam atau Putih.

Berita baiknya ialah harga mampu milik pada 10,995 pound atau RM58,000 untuk model standard dan 12,295 pound (RM65,000) untuk model S.

Berita buruknya, ia harga di UK, kalau masuk Malaysia mungkin berdarah hidung.

RM80K mungkin? Gambar tak cukup? Tengok galeri tambahan di sini.

 

ducati supersport 2017 (1)ducati supersport 2017 (7)ducati supersport 2017 (6)ducati supersport 2017 (5)ducati supersport 2017 (4)ducati supersport 2017 (3)ducati supersport 2017 (1)ducati supersport 2017 (2)

 

 

 

Google ads
Back to top button