Buletin

HONDA PREBIU CITY FACELIFT DI MALAYSIA

Seperti yang semua sedia maklum, onda Malaysia bakal melancarkan model City facelift tidak lama lagi.

Bagi memberi gambaran lebih jelas kepada anda semua, kami kongsikan gambar sedan terlaris Honda tersebut di sini. City facelift melakukan debut pada majlis penghargaan media di Damansara, malam tadi.

Sebagai mana yang anda boleh lihat, City menerima beberapa bentuk naik taraf. Pada bahagian luaran, perbezaan ketara ialah pada bampar hadapan dan belakang. Gril hadapannya kini dipasang dengan kemasan krom dan honeycomb mesh baru yang diinspirasikan daripada Honda Civic.

Untuk varian V, City kini hadir dengan lampu utama, lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu kabus hadapan LED. Di bahagian belakang, ia dilengkapi Duck Tail Spoiler yang lengkap bersama lampu brek LED. Tidak ketinggalan, lampu belakang LED, kamera undur multi sudut dan rim aloi dua tona bersaiz 16 inci.

Lebih menarik lagi, semua varian City facelift akan menerima butang penghidup enjin dan ciri kemasukan pintar. City juga lebih selamat dengan adanya ciri-ciri seperti  Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan Emergency Stop Signal (ESS) yang hadir sebagai standard. Varian V dipasang dengan enam beg udara.

Sedan ini masih masih menggunakan khidmat enjin 1.5L i-VTEC berkuasa 120 PS dan tork 145Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT yang dibangunkan di bawah teknologi Earth Dreams Honda. Sebagai sebuah kenderaan jimat tenaga (EEV), City menawarkan penjimatan sekitar 5.7 liter untuk 100km.

Bagaimana tentang ruang kabin pula? Yang itu kita kena tunggu sehingga majlis pelancarannya nanti. Dengar kata, perubahan yang diterima tidaklah terlalu besar. Sekarang kita layan dulu galeri gambar City facelift ini.

BACA: HONDA CITY HATCHBACK – UNTUK PASARAN CHINA SAHAJA

GALERI

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button