Artikel PilihanBuletin

HONDA N-TRUCK/ N-CAMPER

Sempena acara pameran Japan CampingCar Show 2015 yang bakal berlangsung di  Makuhari Messe, Tokyo Jepun minggu depan, Honda akan mempamerkan dua kereta konsep yang sangat comel.

Honda-n-box-n-camp-mekanika (2)

Dua jentera tersebut ialah Honda N-TRUCK yang telah dipendekkan tapak rodanya. Dibina berasaskan kepada model kei-car N-BOX, bahagian belakang telah diubah menjadi ruang kargo seperti sebuah pikap trak.

Ia kemudian dipadankan pula dengan N-CAMPER yang merupakan sebuah trailer kem bersaiz mikro. Diwarnakan sama dengan warna badan N-TRUCK, ia mampu menawarkan ruang tidur untuk dua orang dewasa.

Honda-n-box-n-camp-mekanika (1)

Dengan rekaan katil seperti tempat tidur di atas para, ruang dalaman camper itu boleh diubah suai berdasarkan kepada kecenderungan pemiliknya.

Biarpun kenderaan ini sangat menarik perhatian, Honda dikatakan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memproduksi N-TRUCK/ N-CAMPER dalam masa terdekat.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button