Modifikasi

ISUZU D-MAX AMERICA SOUND

Pertama, jarang orang beli kenderaan ini kalau tujuan asalnya adalah untuk dimodifikasi.

Isuzu-D-Max-America-sound-mekanika (3)

Ini trak pikap berenjin diesel yang digunakan untuk tujuan lasak. Selain Sabah, Sarawak atau Thailand, trend memiliki pikap di Semenanjung kini dilihat kian  mendapat sambutan.

Kebanyakan daripada kita memang tidak memerlukan sebuah trak pikap untuk dijadikan kenderaan harian. Namun, bagi pemilik Isuzu D-Max ini yang sudah biasa memandu kenderaan pacuan empat roda, dia mempunyai pilihan yang jelas di depan mata.

Isuzu-D-Max-America-sound-mekanika (9)

Terutama apabila semakin banyak trak pikap ditawarkan ke pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Daripada Mitsubishi Triton, Toyota Hilux, Nissan Navara dan Ford Ranger, dia akhirnya membuat keputusan membeli sebuah Isuzu D-Max.

Isuzu D-Max ini pada awalnya digunakan untuk membawa barang-barang yang dibeli dipasar. Pemiliknya memiliki perniagaan sebuah restoran dan catering. Apabila perniagaan semakin maju, pemiliknya membeli van yang lebih besar dan beberapa buah kenderaan lain.

Isuzu-D-Max-America-sound-mekanika (14)

Sayangnya pada D-Max yang banyak berjasa menyebabkan dia terus memandunya sebagai kenderaan untuk hobi pula.

Trak pikap ini ditinggalkan di bengkel untuk kerja-kerja mengecat dan fabrikasi pada bahagian dalamannya. Semua bahagian dalaman ditanggal dan dibalut semula dengan fabrik merah, hitam dan kerja mengemas yang menyeluruh.

Isuzu-D-Max-America-sound-mekanika (13)

Karpet disulam semula, papan pemuka dilayangkan dengan airbrush dan tempat duduk hadapan diganti kepada jenis lebih sporty. Bahagian luaran juga menerima perubahan besar menerusi penggunaan warna hitam yang dilapis dengan pelekat. Di samping airbrush di beberapa bahagian.

Ruang kargo di belakang telah diubah suai untuk sistem audio. Sebagai permulaan, pemain CD Eclipse CD2000 dipasang. Pemain ini disambungkan kepada sebuah line driver America Sound RS2-LD-N yang bakal memecahkan laluan utamanya kepada 2 buah pre-amp. Kompilasi pemasangan ini diterjemahkan menerusi sepasang eqalizer America Sound RS-3ECN.

Isuzu-D-Max-America-sound-mekanika (16)

Tiga buah sub yang dipasangkan ialah model America Sound Ultimate Series US12.1DM. Sub 12 inci ini dipasang dalam kotak khas yang diukur mengikut saiz lebar lantai platform.

Ia memberi kelebihan kepada kedapan bunyi. Malah prestasinya mengeluarkan output yang optimum lebih baik berbanding pemasangan sama di dalam sebuah but kereta.

Isuzu-D-Max-America-sound-mekanika (17)

Untuk membekalkan kuasa secukupnya, sebuah sub kelas D monoblok America Sound US52001DN dipasang di atas lantai dengan kemasan platform nipis yang ditempah khas.

Dua buah amp lagi digunakan untuk membekalkan kuasa kepada unit-unit midbass dan tweeter. Mid US6SPL sebanyak 4 buah berkongsi kuasa bersama sepasang horn tweeter US80SPL-N yang juga daripada America Sound.

Isuzu-D-Max-America-sound-mekanika (18)

Memandangkan saluran bunyi adalah terus daripada susunan mid ini, amp yang berkemampuan tinggi diperlukan. Ternyata pemasangan dua buah power amp America Sound RS700SMD-N adalah pilihan tepat. Hasilnya, dalam kebanyakan acara yang disertai, pikap ini belum pernah menghampakan pemiliknya.

Kombinasi kualiti bunyi dan kekuatan tekanan SPL yang dihasilkan menjadikan sistem bunyi D-Max ini sempurna untuk pertunjukan mahupun pertandingan. Jika anda biasa ke sebelah utara, D-Max ini sering mengikuti apa juga acara autoshow dan audioshow yang dianjurkan.

Isuzu-D-Max-America-sound-mekanika (11)

Kalau dilihat pada keunikan, Isuzu D-Max ialah kenderaan yang harus anda pertimbangkan. Jika sudah bosan dengan Perodua, Proton atau Vios, pikap ini boleh dibeli pada harga yang munasabah. Saya perlu berkongsi satu maklumat, D-Max memang jimat minyak dan boleh dijadikan kenderaan harian.

Macam mana. Dah habis fikir?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button