Buletin

PROTON JALIN KERJASAMA DENGAN PT ACL

Proton Holdings Berhad (Proton) baru-baru ini telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan pihak PT. Adiperkasa Citra Lestari (PT ACL).

Proton-MoU-APT-CL-mekanika (2)

MoU itu bertujuan membangun dan mengilang kereta nasional Indonesia. Proton dan PT ACL diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif masing-masing iaitu Datuk Abdul Harith Abdullah dan Abdullah Mahmud Hendropriyono.

Perjanjian  tersebut disaksikan oleh Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Herman Prayitno.

Proton-MoU-APT-CL-mekanika (5)

Majlis bersejarah yang berlangsung di Proton Centre of Excellence di Subang Jaya, itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak; Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di bawah MoU itu, satu kajian kebolehlaksanaan akan dijalankan untuk meneroka bidang-bidang kerjasama yang spesifik di antara kedua-dua buah syarikat. Ini termasuklah potensi dalam semua bidang operasi dan perniagaan automotif. Ini termasuklah aspek komersial dan teknikal projek

Proton-MoU-APT-CL-mekanika (3)

Selain itu, Proton dan PT ACL akan menilai serta bekerjasama untuk membangunkan pelan melibatkan aktiviti lokalisasi, pembelian, kejuruteraan, reka bentuk, perkhidmatan logistik, kajian pasaran dan proses-proses berkaitan.

“Perjanjian ini menjadi permulaan yang positif kepada Malaysia dan Indonesia.  Kerjasama rapat di antara kedua-dua buah syarikat pasti akan memudahkan pelaburan di peringkat antarabangsa dan serantau. Di samping memacu aktiviti dalam pasaran automotif serta pertumbuhan ekonomi,” kata Abdul Harith.  

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button