Buletin

HONDA PANGGIL SEMULA SKUTER X-ADV KERANA MASALAH PPTC

Honda Eropah dalam satu kenyataan beberapa hari lepas mengeluarkan notis panggil balik (recall) terhadap model skuter adventur terbaru mereka X-ADV.

Menurut laporan, ia diakibatkan oleh masalah kehilangan kuasa atau power loss. Menerusi siasatan Honda, masalah ini berlaku disebabkan oleh pincang tugas bahagian modul dalaman PPTC (Polymer Positive Temperature Coefficient) yang menghantar isyarat kepada kotak komputer ECU.

Model yang terlibat ialah versi keluaran 26 Januari 2017 hingga Oktober 2018. Bagaimanapun, Boon Siew Honda belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Atau mereka mungkin akan menghubungi pemilik secara terus memandangkan bilangan unit yang terjejas mungkin kecil.

Atau mungkin juga unit jualan di sini tidak terbabit, segalanya ada kemungkinan.

Sehingga kami mendapat maklumat lanjut, kami akan mengemaskinikan sebarang informasi yang diberikan jika ada.

Google ads
Back to top button