Motosikal

YAMAHA YZF-R1 GYTR HABIS DIJUAL DALAM MASA 24 JAM!

Jika anda berharap untuk memiliki Yamaha YZF-R1 GYTR, simpan sahaja harapan itu. Ini kerana model yang dihadkan produksinya kepada hanya 20 unit sudah habis dijual dalam masa kurang 24 jam.

Dibina di atas jentera yang memenangi perlumbaan endurance Suzuka 8-Hour 2018 dan dilekatkan dengan rekaan livery R1 asal tahun 1999, sememangnya sangat cantik dan padat bersama alat ganti perlumbaan.

 

Yamaha YZF-R1 GYTR dipasang dengan sistem ekzos Akrapovic (Full Evo 2 Titanium), brek Brembo (angkup GP4-RX di hadapan, cakera 320mm T-Drive dan selinder utama 19RCS Corsa Corta).

Tidak ketinggalan, fairing gentian karbon, suspensi Öhlins (FGRT 219 forks, TTX36 GP shock) dan tayar slicks Bridgestone (V02 lembut).

Ditawarkan pada harga €39,500 (RM210,600) ia bukanlah sebuah jentera yang murah. Tetapi ia pasti akan menjadi model untuk collector dan antara paling menarik dikeluarkan oleh Yamaha sejak sedekad lalu.

Yamaha YZF-R1 GYTR dihasilkan sempena meraikan ulangtahun ke-20 R1. Ia dipasang sendiri oleh pasukan rasmi Yamaha Racing. Setiap unit jentera itu juga hadir bersama sijil khas dan nombor bilangan yang diukir pada bahagian top yoke.

Model yang hanya sesuai untuk ditunggang di litar lumba itu turut dilengkapi komponen Genuine Yamaha Technology Racing. Ini termasuklah pendikit pantas GYTR, set palam pencucuh AIS, set cagak wayar perlumbaan, palam pencucuh perlumbaan, ECU dan banyak lagi.

Google ads
Back to top button