Motosikal

HONDA PCX 2015 – RM9,999

Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, skuter maxi ini nyata melangkaui ekspektasi para penunggang motosikal di Malaysia.

Honda-PCX-2015-mekanika (15)

Kini, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) sekali lagi mengujakan pasaran skuter tempatan apabila memperkenalkan skuter Honda PCX serba baharu. Jentera itu dikatakan lebih bergaya, menjimatkan bahan api dan menawarkan pelbagai ciri menarik kepada penunggangnya.

Bahagian hadapan diserlahkan menerusi dua lampu utama LED yang sporty. Lampu isyarat membelok, lampu belakang dan lampu nombor platnya juga LED yang nyata mengurangkan penggunaan tenaga.

Honda-PCX-2015-mekanika (4)

Kotak konsol yang terletak di sebelah hendal kiri dilengkapi adaptor 12V AC bagi membolehkan anda mengecas telefon bimbit. Ruang penyimpanan barang di bawah tempat duduk pula cukup besar untuk menempatkan sebuah topi keledar full-face tanpa sebarang masalah.

Semua maklumat tunggangan dipaparkan pada panel LCD yang tampil dengan rekaan kemas. Jadi anda boleh mengetahui tahap kelajuan, baki minyak dan banyak lagi dengan mudah.

Honda-PCX-2015-mekanika (18)

Sistem Maklum Balas Kawalan Jauh (Remote Response System) merupakan salah satu ciri baharu PCX. Ia bukan sahaja membolehkan penunggang mengesan lokasi skuter dengan lebih pantas, malah didatangkan bersama sistem penggera anti-kecurian.

PCX dikuasakan oleh unit enjin SOHC bersama sistem penyejukan cecair.  Enjin eSP dua injap bersesaran 149cc itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 9.34kW @ 8,500rpm dan tork maksimum 13Nm @ 5,500rpm.

Honda-PCX-2015-mekanika (16)

Kuasa daripada enjin yang menepati piawaian Euro 3 itu dialihkan ke roda belakang menerusi transmisi V-Matic. Kotak gear automatik itu menawarkan kuasa responsif sama ada di lebuh raya, mahupun di laluan di bandar.

Dengan menggunakan sistem Programmed – Fuel Injection (PGM-FI) yang cekap, tangki berkapasiti lapan liternya berupaya mencatat jarak yang jauh.  Sama seperti model terdahulu, PCX baharu dilengkapi sistem Idling Stop. Sistem ini akan mematikan enjin secara automatik apabila enjin melahu lebih tiga saat. Namun, sebaik sahaja pendikit dipulas untuk meneruskan perjalan, enjin dihidupkan dengan senyap dan lancar.

Honda-PCX-2015-mekanika (10)

Chasis PCX dibina menggunakan kerangka besi tiub yang sangat kukuh dan tahan lasak. Bersaiz kompak, penunggang tidak perlu bimbang untuk mengendalikan PCX di jalan yang sesak.

Demi meningkatkan lagi tahap keselamatannya, PCX dilengkapi sistem brek Combined Braking System (CBS). Keselesaan tunggangan pula disumbang oleh penggunaan fork jenis teleskopik pada roda hadapan, selain penyerap hentak berkembar dan lengan ayun aluminium di bahagian belakang.

Honda-PCX-2015-mekanika (3)

PCX didatangkan dalam dua warna iaitu putih dan merah. Anda boleh memilikinya pada harga RM9, 999 seunit (motosikal sahaja). Ia juga hadir bersama jaminan kilang selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km.
[hr]GALERI

Honda-PCX-2015-mekanika (1)Honda-PCX-2015-mekanika (2)Honda-PCX-2015-mekanika (5)Honda-PCX-2015-mekanika (6)Honda-PCX-2015-mekanika (7)Honda-PCX-2015-mekanika (9)Honda-PCX-2015-mekanika (17)Honda-PCX-2015-mekanika (13)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button