Pandu Uji

PEUGEOT 208 S EDISI TERHAD

Pengedar rasmi kenderaan jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) semalam melancarkan Peugeot 208 S yang dibina berasaskan kepada model popular Peugeot 208.

Peugeot-208-S-mekanika (4)

Jentera itu memiliki gayaan yang agak dramatik. Peugeot 208 S dipasang dengan spoiler, cermin sisi, jalur S Kit dan gril SR1 yang baru. Ditawarkan dalam jumlah terhad, varian itu didatangkan dalam warna putih sahaja.

Sejak dipasarkan pada April 2013, Peugeot 208 telah menjadi model Peugeot terlaris di Malaysia. Penerimaan yang memberangsangkan itu membuatkan Nasim memperkenalkan varian 208 GTi dan sekarang 208 S.

Penampilan luaran kereta kompak lima pintu itu diserlahkan menerusi lampu utama, lampu nyalaan siang LED dan rim aloi Helium bersaiz 16 inci.   

Aspek mekanikal Peugeot 208 S bagaimanapun tidak berubah. Ia masih menggunakan enjin VTi bersesaran 1.6 liter berkuasa 122PS dengan tork maksimum 160Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan dengan fungsi Tiptronic. Penggunaan bahan api adalah sekitar 6.7 liter bagi setiap 100km.

Peugeot-208-S-mekanika (3)

Peugeot 208 S tidak pernah berkompromi sari aspek keselamatan. Jadi, ia dilengkapi enam beg udara serta Electronic Stability Program (ESP) yang terdiri daripada ABS, EBD, EBA, ASR dan DSC. Ciri keselamatan lain termasuklah Hill Start Assist, dua cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak dan banyak lagi.

Ruang kabin Peugeot 208 S terasa mewah apabila ia menggunakan gabungan kemasan plastik lembut, piano black, satin krom dan tempat duduk separa bucket yang dibalut fabrik berkualiti tinggi.

Anda juga pasti suka kepada skirn sentuh interaktif HD bersaiz tujuh inci itu. Ia menawarkan akses mudah kepada pelbagai fungsi seperti radio, sambungan USB, ketersambungan Bluetooth dan penstriman audio. Sistem audionya terdiri daripada Arkamys 3D yang disambungkan dengan enam unit pembesar suara.

Peugeot-208-S-mekanika (1)

Sudah boleh ditempah di mana-mana bilik pameran Peugeot di seluruh negara, Peugeot 208 S boleh anda miliki pada harga RM86,888 seunit (di atas jalan termasuk insurans).

Sempena promosi Peugeot Prosperity Drive, anda layak menerima sebuah telefon pintar Iphone 6 jika membeli mana-mana model Peugeot sekarang hingga 28 Februari depan. Semua model Peugeot hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had, servis Peugeot Assistance 24 jam, akses percuma ke Peugeot Lounge di lapangan terbang Subang dan keahlian Peugeot Privilege. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button