Buletin

PROMOSI CNY ETCM

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) memulakan sambutan Tahun Baru Cina (Tahun Kambing) pada tahun ini sedikit awal apabila memberikan  tawaran dan promosi menarik ke atas beberapa model Nissan yang terpilih.

CNY Range Colour_TheStar Ad

Kempen Tahun Baru Cina ini bermula sekarang sehingga 28 Februari 2015. Ia menawarkan penjimatan hebat ke atas model-model Nissan seperti Teana, Serena S-Hybrid, Navara, Sylphy, Grand Livina dan X-Gear kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kempen ini juga menawarkan pelanggan dengan pelbagai pakej menarik seperti perkhidmatan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun untuk Serena S-Hybrid dan Navara.

ETCM-CNY-campaign-2015-mekanika (6)

Bagi pelanggan yang mahukan penampilan kereta lebih sporty, mereka boleh membeli model Sylphy yang hadir bersama IMPUL Aerokit dan tinted filem keselamatan. Model Grand Livina juga menawarkan IMPUL Aerokit secara percuma.

Selain itu, pakej-pakej promosi lain termasuklah Multimedia Navigator bersaiz lapan inci untuk model Teana. Manakala model X-Gear pula ditawarkan dengan tambahan nilai seperti Multimedia Navigator, tempat duduk kulit, tinted filem keselamatan dan banyak lagi secara percuma.

ETCM-CNY-campaign-2015-mekanika (7)

Bagi menambah kemeriahan sambutan perayaan ini, ETCM menganjurkan peraduan “Pandu Uji dan Menang Besar” (Test Drive and Win a Fortune) yang menawarkan sebuah Nissan Sylphy baharu.

Untuk menyertai peraduan “Pandu Uji dan Menang Besar”, para pelanggan perlu memandu uji sebuah model Nissan. Kemudian, mereka mesti melengkapkan satu slogan dalam borang penyertaan.

ETCM-CNY-campaign-2015-mekanika (5)

Sebagai bonus, mereka yang membeli dan mendaftarkan apa jua model Nissan sebelum 28 Februari 2015 layak untuk menerima tujuh borang penyertaan tambahan yang pastinya meningkatkan peluang mereka memenangi Sylphy tersebut. Peraduan ini berlangsung sehingga 28 Februari 2015 dan pemenang akan dipilih berdasarkan kepada slogan yang paling kreatif.

“Kami bukan mensasarkan pelanggan yang menyambut Tahun Baru Cina sahaja, tetapi kami turut menjemput semua supaya mengambil bahagian dalam kempen ini untuk memenangi sebuah kereta.

SONY DSC

“Para pelanggan boleh menikmati rebat bayaran permulaan menarik yang disediakan ke atas semua model Nissan. Tahun Baru Cina adalah masa untuk semua ahli keluarga berkumpul. Jadi, kami di ETCM ingin menambah kemeriahan itu dengan menawarkan cara pemilikan mudah apa jua model Nissan kepada orang ramai,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi mana-mana bilik pameran Nissan pada tiga hujung minggu bermula 24 Januari, 7 dan 14 Februari bagi menyertai pelbagai aktiviti dan menerima hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan.

Maklumat lanjut, sila layari laman web visit www.nissan.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara. 

SONY DSC 

Pakej-pakej Tawaran dan Promosi Tahun Baru Cina Nissan 

Model Pakej Tawaran dan Promosi (Percuma)
Nissan Teana 8-Inch Multimedia Navigator
Nissan Sylphy IMPUL Aerokit & tinted filem keselamatan
Nissan Grand Livina IMPUL Aerokit
Nissan X-Gear Navi, tempat duduk kulit, tinted filem keselamatan & banyak lagi
Nissan Serena S-HybridNissan Navara Servis penyelenggaran (3 Tahun)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button