Motosikal

HONDA PCX EDISI ISTIMEWA

Honda mengeluarkan model edisi istimewa PCX 125 dan PCX 150 yang lebih bergaya dan segar.

honda-pcx-edisi-istimewa-mekanika (2)

Sentuhan baharu yang ditawarkan pada kedua-dua varian PCX itu melibatkan  warna baru iaitu putih (pearl jasmine white) dan hitam (virile poseidon black) metalik.

Bagi memberi kesan lebih elegan, kedua-dua warna berkenaan menerima kemasan grafik jalur merah pada bahagian hadapan dan belakang.

Honda PCX Edisi Istimewa berkenaan dilengkapi lampu LED.  Bahagian pelana menerima jahitan berwarna merah.

Tidak ketinggalan, PCX berkenaan turut dilengkapi teknologi eSP yang didakwa lebih berkuasa.

Aspek mekanikal,  Honda PCX 125 disokong oleh enjin 125cc yang menghasilkan kuasa 11.5 hp @ 8,500rpm dan tork 12Nm @ 5,000rpm.

Sementara versi PCX 150 pula dilengkapi enjin 153cc berkuasa 13.2 hp @ 8,500rpm dan tork 13.7 Nm @ 5,500rpm.

Honda PCX 125 dijual pada harga 340,200 yen dan Honda PCX 150 pula berharga 371,520 yen. Tempahan dibuka bermula 21 April sehingga 31 Julai hadapan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button