Motosikal

KOLEKSI PAKAIAN YAMAHA MT

Bagi memberi layanan istimewa kepada peminat dan pemilik rangkaian motosikal street Yamaha MT, Yamaha baru sahaja memperkenalkan satu koleksi pakaian khas untuk MT.

Yamaha-MT-collection-mekanika (1)

Mengambil inspirasi daripada garis-garis tajam pada badan model MT dan pilihan warna Night Fluo yang radikal, ia nyata menepati tagline MT iaitu Dark Side of Japan.

Menyerlahkan suasana malam di Tokyo dan lampu-lampu fluorescent, koleksi itu diikenali sebagai MT Lifestyle – Next Gen. Koleksi pakaian tersebut menggunakan material berwarna gelap dan kemasan-kemasan yang tidak terlalu menonjol.

Terdiri daripada kelengkapan menunggang dan pakaian kasual, koleksi itu kini sudah ditawarkan di pasaran United Kingdom pada harga bermula £14.99 (RM85).

Google ads
Back to top button