Buletin

HONDA RESTORASI MODEL PERTAMA DI AS

Pada tahun 1960-an, Honda ialah sebuah jenama motosikal yang ingin menjual kereta di pasaran Amerika Syarikat (AS).Honda-N600-restoration-mekanika (3)

Justeru, Honda telah membawa 50 buah kereta pertamanya pada tahun 1969. Model N360 itu dipasang dengan enjin bersesaran 599cc dan dikenali sebagai N600 menerusi beberapa buah pengedar motosikal.

Model dengan siri nombor N600-1000001 yang juga dipanggil Serial One itu direstorasi oleh seorang mekanik berpengalaman, Tim Mings. Beroperasi di Los Angeles, Mings telah pun merestorasi lebih 1,000 unit N600, tetapi Serial One adalah yang paling istimewa.

Honda turut melancarkan saluran sosial serta laman web serialone.com untuk memaparkan perkembangan kerja restorasi tersebut.

Honda-N600-restoration-mekanika (2)

N600 dikuasakan oleh enjin aloi sepenuhnya yang mampu memecut sehingga 91 batu sejam dengan 9,000rpm.

“Kami sangat berbesar hati untuk menghidupkan kembali sejarah Honda di AS melaui restorasi kereta ini. Mencari Serial One dan mendokumentasikannya memang sukar. Namun, itulah semangat juang Honda,” kata Pengurus Media Sosial Honda, Alicia Jones.

Google ads
Back to top button