
Buletin
CHEVROLET BAKAL PAMER DUA MODEL BAHARU DI BANGKOK
Chevrolet sudah bersiap untuk mendedahkan dua model pada Bangkok Motor Show 2016 yang bakal berlangsung minggu hadapan.
Berdasarkan imej teaser yang dikeluarkan ia kelihatan seperti pikap trak. Berdasarkan perincian pada bumbung dan hud. Tetapi ia mungkin juga SUV yang berasaskan Trailblazer.
“Tahun ini Bangkok International Motor Show, kami akan mendedahkan jentera yang akan menjadi hala tuju masa depan Chevrolet di Thailand.
“Kami teruja untuk berkongsi maklumat ini dengan semua pengunjung,” kata Pengarah Urusan GM Thailand dan Jualan Chevrolet Thailand, Marcos A. Purty.