Buletin

HONDA RS-X EDISI REPSOL 2023 KINI TERSEDIA 5,000 UNIT SAHAJA – HARGA BERMULA RM9.9K

Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan Honda RS-X Edisi Repsol dan hanya akan tersedia dalam 5,000 unit sahaja.

Sejak diperkenalkan pada 2021, Honda RS-X nyata meraih populariti dalam kalangan pengguna Malaysia yang menghargai gabungan sempurna  gayaan sporty, prestasi terbaik dan ciri-ciri termaju.

Reka bentuk RS-X yang agresif dipadankan dengan ciri berteknologi maju seperti Anti-lock Braking System (ABS) satu saluran di roda hadapan.

Ciri canggih lain termasuklah dilengkapi lampu LED penuh, Speedometer Digital Penuh dan pembuka tempat duduk untuk kemudahan tambahan kepada penunggang.

Dari segi kuasa, ia dijana oleh enjin 6-Kelajuan 150cc DOHC yang mematuhi EURO 4, berupaya menghasilkan 15.8hp pada 9,000rpm dengan tork 13.6Nm pada 7,000 rpm.

Untuk harga, Honda R-X Edisi Repsol boleh dimiliki bermula 28 Oktober ini pada harga RM9,998 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

GALERI:

Google ads
Back to top button