Buletin

HYUNDAI SANTA FE TIBA DI MALAYSIA – DUA VARIAN, BAKAL DILANCARKAN TAK LAMA LAGI

Hyundai Santa Fe facelift generasi keempat baru-baru ini muncul dikesan di Malaysia semasa diangkut atas treler, sekaligus memberi bayangan ia akan dilancarkan pada masa terdekat.

Menerusi imej yang dikongsi oleh pembaca portal automotif di Malaysia, ia kelihatan terdapat dua varian bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Berbanding Santa Fe 2024 yang tampil lebih berkotak, Santa Fe 2023 ditawarkan disini juga menerima peningkatan ketara dari segi reka bentuk.

Hyundai Santa Fe 2023 menggunakan seni bina N3 baharu, sama seperti model generasi ke-5 baharu. Secara keseluruhan, facelift Santa Fe adalah 15 mm lebih panjang, 10mm lebih lebar dan 5mm lebih tinggi daripada sebelumnya. Jarak roda kekal tidak berubah.

Bahagian hadapan model ini menerima penutup lampu hadapan baharu yang bercantum dengan gril utama. Bampar hadapan turut direka bentuk semula dengan rupa lebih mesra off-road.

Di bahagian dalam, Hyundai Santa Fe 2023 dilengkapi skrin infotainmen 10.25-inci baharu y bersama gugusan instrumen digital bersaiz 12.3-inci.

Beralih kepada kuasa, masih tidak jelas sama ada Hyundai Santa Fe facelift baharu 2023 di Malaysia akan menampilkan pilihan rangkaian kuasa sama seperti pendahulunya.

Tiada tarikh pelancaran rasmi bagi Hyundai Santa Fe CKD 2023 untuk Malaysia setakat ini, tetapi kita boleh menjangkakan sebarang pengumuman dalam masa terdekat. – Autobuzz

Google ads
Back to top button