Buletin

MEDKLINN VERSA 45 – UNTUK KUALITI UDARA YANG LEBIH BAIK DI MANA SAHAJA

Udara yang bersih merupakan satu nikmat hidup yang sangat besar, setuju atau tidak. Kalau anda bersal dari desa semestinya anda faham dengan beza kualiti udara dan di desa. Itu juga salah satu sebab kenapa warga kota suka berkunjung ke taman-taman rekreasi dan hutan lipus di hujung minggu.

Selain daripada melepaskan penat lelah selepas seminggu berkerja, ia juga merupakan satu peluang untuk menghirup udara bersih. Dengan kualiti udara yang tidak menentu dan semakin teruk ketika musim jerebu melanda, menghirup udara yang berbau seperti asap memang melemaskan.

Sudah tentu terdapat banyak produk yang dijual untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Antara yang terlintas di fikiran semestinya ialah unit penapis udara atau ionizer yang banyak dijual di luar sana.

Tapi kini terdapt satu pilihan yang wajar anda pertimbangkan untuk menyelesaikan masalah ini? Perkenalkan Medklinn Versa45 Home Travel Series yang mampu membuatkan udara di kediaman anda lebih segar dan bersih. Bukan hanya di kediaman anda, Versa45 juga sangat kompak dan ringan membolehkan anda membawanya ke mana sahaja sewaktu bercuti bersama keluarga ataupun teman-teman. Nak letak dalam kereta pun boleh.

Versa45 bermaksud ia boleh membersihkan udara di kawasan seluas 450 kaki persegi. Bilik tidur bersaiz standard biasanya bersaiz sekitar 400 kaki persegi sahaja.

Terlebih dahulu, anda perlu tahu bahawa Versa 45 bukanlah penapis udara atau ionizer. Sebaliknya, peranti dengan reka bentuk kompak itu berfungsi mengeluarkan oksigen aktif yang seterusnya dapat menghilangkan apa jua bau busuk dan membunuh sehingga 99.99 peratus bakteria, virus, alahan serta kulat di dalam udara serta di atas permukaan.

Apa yang membuatkan Versa45 begitu unik adalah teknologi Cerafusion Cartridge yang digunakannya. Katrij itu tidak menapis elemen negatif yang ada di dalam udara dan di atas permukaan, sebaliknya ia mengeluarkan oksigen aktif yang berfungsi membunuhnya.

Oksigen aktif sebenarnya dihasilkan oleh alam sekitar menerusi proses fotosintesis, sinaran UV, air yang mengalir dan ribut petir. Dengan memasang Versa45, anda seolah-olah meletakkan elemen tersebut di dalam rumah!

Mengaplikasikan teknologi dari Jepun, oksigen aktif terdiri daripada 3 atom oksigen dan 1 atom oksigen negatif. Oksigen aktif membersihkan udara dan permukaan rumah anda menerusi 5 cara:

Mazda CX30
  • Menghapuskan bakteria dan dan virus dengan cara memecahkan dinding sel bakteria serta merosakkan DNAnya.
  • Mengoksida kompaun organik berbahaya (VOC), satu bahan kimia penyebab kanser.
  • Memusnahkan allergen seperti habuk hama yang boleh menyebabkan alahan.
  • Menghilangkan bau seperti rokok, haiwan peliharaan, makanan dan kulat
  • Menghilangkan debu, spora dan sebagainya.

Satu lagi perkara menarik tentang Versa45 adalah ia sangat mudah untuk digunakan. Hanya sambungkannya kepada punca elektrik di dinding dan ia sudah boleh digunakan.

Anda juga tidak perlu membersihkan sebarang penapis. Apa yang perlu dilakukan adalah menukar katrij itu setahun sekali. Sangat mudah. Lampu menunjuk berwarna biru oada Versa45 akan berkelip bila sampai masa untuk katrij ditukar.

Saya sudah menggunakan Versa45 hampir sebulan di dalam bilik tidur utama. Setakat ini, saya memang berpuas hati dengan kualiti udaranya. Tiada lagi bau yang kurang menyenangkan berbanding sebelum ini. Ia turut mengeluarkan bau yang menenang dan menyegarkan diri kita dan bukannya bau yang menusuk hidung seperti pewangi. Saya memang alergik dengan semua jenis pewangi tetapi Versa45 memang sangat berbeza.

Jika bilik tidur atau satu ruangan itu tidak begitu luas, anda juga boleh mendapatkan Versa25 dengan harga yang lebih rendah. Versa25 boleh membersihkan ruangan mencapai 250 kaki persegi.

Jika berminat, jangan tunggu lagi. Medklinn Versa45 mungkin boleh menjadi penyelesaian kepada masalah alahan atau resdung anda. Bukan itu sahaja, saiznya yang kompak tidak akan menggunakan ruang yang banyak dalam bagasi anda. Bahkan sejak menggunakanya saya juga kini menikmati kualiti tidur yang lebih baik. Bangun pagi memang rasa sangat fresh.

Cubalah sendiri.

Tags
Google ads
Back to top button