Artikel PilihanBuletin

HONDA S DREAM STREAMLINER CATAT KELAJUAN 422km/j – GUNA ENJIN 3 SILINDER 660cc!

Honda berjaya mencatat rekod baru mengagumkan pada acara Bonneville Speed Week yang berlangsung di Bonneville Salt Flats, Utah, Amerika Syarikat.

Honda-S-Dream-Streamliner-mekanika (3)

Jentera Honda S Dream Streamliner yang bersaing dalam FIA Kategori A, Kumpulan 1, Kelas 4 merekodkan kelajuan 422km/j. Ia memadamkan rekod yang dilakukan oleh jentera BAR Honda Formula 1 (396km/j) pada tahun 2006, sekali gus menjadi model Honda paling laju setakat ini.

Lebih menarik lagi, kereta yang dibina khas dan kelihatan seperti fiuslaj jet penjuang itu hanya menggunakan sebuah enjin turbo bersesaran 660cc yang boleh didapati pada kereta sports Honda S660.

Sekumpulan 16 orang jurutera Honda telah mengubah suai enjin stok S660 dan menukar banyak komponen utamanya. Ini termasuklah kepala silinder, omboh, crankshaft dan injap.

Honda-S-Dream-Streamliner-mekanika (1)

Blok aluminium telah digantikan dengan besi. Sementara rod penyambung lebih kukuh digunakan bagi memastikan enjin mampu menyokong kuasa yang diperlukan untuk mencipta rekod tersebut.

Honda memulakan program Bonneville Speed Challenge sejak tahun lalu. Ketika diuji di Jepun, kereta itu tidak mengalami sebarang masalah. Tetapi, apabila tiba di Bonneville, pemandunya Hikaru Miyagi memberitahu dia tidak dapat melihat dengan jelas melalui cermin utama.

Dengan masa hanya berbaki 10 hari sebelum acara bermula, Honda membawa S Dream Streamliner ke kemudahan California R&D untuk mereka semula bentuk badannya.

Matlamat pembinaan jentera ini adalah untuk mencapai rekod pecutan menggunakan enjin 660cc. Ia juga mengatsi rekos FIA sebelum ini untuk kereta dengan enjin pengecas lampau bersesaran di antara 500 hingga 750cc.

Google ads
Back to top button