Buletin

HONDA TAMAT PENGELUARAN MESIN RUMPUT BERKUASA PETROL SEPTEMBER INI

Selain daripada menawarkan kereta dan motosikal, Honda juga sangat terkenal dengan barisan produk kuasa seperti unit penjana dan mesin rumput.

Jangan tak tahu, Honda juga merupakan ‘champion’ dalam menghasilkan mesin rumput paling pantas di dunia.

Namun, itu semua bakal berakhir tidak lama lagi apabila Honda dilapor akan menghentikan pengeluaran produk seperti mesin rumput dan kelengkapan berkuasa petrol efektif September 2023.

Dalam siaran media, Honda menjelaskan keputusan tersebut dibuat adalah disebabkan oleh faktor pasaran seperti undang-undang alam sekitar yang semakin ketat, kehendak pelanggan yang berubah serta fokus mereka untuk mengembangkan produk yang lebih menguntungkan.

Selain daripada itu, pasaran peralatan berkuasa kini mula dibanjiri dengan produk-produk berkuasa elektrik seperti yang ditawarkan oleh Toro, Stihl, Ego dan Greenworks, di mana Honda tidak mempunyai sebarang produk berkuasa elektrik untuk bersaing dengan pengeluar yang disebutkan tadi.

Tidak dapat dipastikan sama ada Honda akan keluar sepenuhnya daripada pasaran peralatan kuasa, atau mungkin tampil dengan barisan produk kuasa dan mesin rumput berkuasa elektrik kelak. – Pro Tools Reviews

Google ads
Back to top button