Buletin

HONDA THAILAND LANCAR CITY 2017 FACELIFT

Selepas berada di pasaran Thailand hampir tiga tahun, Honda Thailand hari ini memperkenalkan model facelift sedan City generasi terkini.

Apa yang pasti, City 2017 menerima perubahan kosmetik yang cukup ketara di bahagian hadapannya. Sekali pandang, gril krom hadapan itu kelihatan seperti gril yang ada pada model Civic.

Honda-City-facelift-2017-Thailand-mekanika (2)

Selain gril, sedan popular itu tururt menerima rekaan baru pada bampar hadapan dan belakang, serta lampu nyalaan siang LED. Bahagian belakang pula diserlahkan dengan diffuser pada bahagian tengah. Lampunya bagaimanapun bukan LED.

BACA: HONDA CITY – KERETA BANDAR IDEAL

Di bahagian kabin, City hadir dengan kemasan kelabu (gun metalik) dan ulpsholteri kulit yang baru untuk tempat duduk hadapan. Bukan itu sahaja, sistem infotaimen kini mempunyai ciri ketersambungan untuk peranti Android dan iOS. Pastinya untuk varian paling tinggi.

Honda-City-facelift-2017-mekanika (4)

City masih mengekalkan enjin iVTEC bersesaran 1.5 liter. Untuk pasaran Thailand sedan itu dibekalkan dengan enjin E85 yang mampu menjana kuasa 117hp dan tork 146Nm. Selain transmisi automatik CVT, pengguna di sana turut ditawarkan dengan kotak gear manual lima kelajuan.

Honda-City-facelift-2017-Thailand-mekanika (1)

Biarpun dengan semua penambahbaikan itu, harga City tidak berubah. Varian manual berharga 550,000 baht (RM69,400) seunit. Sementara lima lagi gred dengan transmisi CVT ditawarkan pada harga bermula 589,000 baht (RM74,300) hingga 751,000 baht (RM94,750) seunit.

Google ads
Back to top button